Kepincangan DAP Di Melaka Bukan Salah BN

Diterbitkan: Isnin, 13 Mac 2017 3:56 PM

Datuk Seri Idris Haron

(Ubah saiz teks)

MELAKA: DAP diingatkan supaya tidak menyalahkan Barisan Nasional (BN) bagi sebarang kepincangan dan masalah dalaman parti itu sehingga menyebabkan anggota dan pemimpinnya keluar parti.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata tindakan keluar parti yang membabitkan 182 anggota DAP negeri ini pada Ahad, jelas menunjukkan DAP bukan lagi sebuah parti yang diyakini masyarakat Cina.

"Jangan tuding jari...atau kaitkan pihak kerajaan atau BN kerana kami tidak ada kena mengena dalam urusan (perbalahan DAP) ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka di sini, Isnin.

Pada Ahad, akhbar melaporkan 182 anggota DAP Melaka keluar parti selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Goh Leong San, Adun Bachang Lim Jak Wong, Adun Kesidang Chin Choon Seong dan Anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him berbuat demikian pada 12 Februari lepas.

Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka berkata tindakan keluar parti anggota dan pemimpin DAP itu jelas menunjukkan kekecewaan mereka terhadap kepimpinan parti berkenaan.

"Mereka yang keluar DAP ingin memberitahu masyarakat supaya jangan buat kesilapan sekali lagi memilih pemimpin sedia ada sebagai wakil rakyat kerana ia boleh merosakkan masa depan rakyat di Melaka," katanya.

Dalam pada itu, katanya pergolakan dalam DAP memberi peluang cerah kepada BN untuk merampas semula kerusi pembangkang pada Pilihanraya Umum Ke-14 akan datang.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan