Indeks CPI: Malaysia Masih Berada Dalam Kelompok Terbaik

Diterbitkan: Isnin, 13 Mac 2017 12:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia masih berada dalam kelompok terbaik dalam kajian Indeks Persepsi Rasuah 2016, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Walaupun kedudukan negara merosot kepada satu anak tangga berbanding tahun lepas, namun ia tidak boleh dijadikan indikator perbandingan kerana CPI itu adalah bagi membantu kerajaan menambah baik pentadbiran dengan mengambil dapatan kajian berkenaan, katanya.

"CPI adalah satu kajian mengenai pandangan keadaan rasuah yang dikumpul daripada ahli perniagaan antarabangsa di Malaysia.

"Ia tidak boleh dijadikan indikator perbandingan, banding tahun ini dengan tahun lepas. CPI ialah untuk bantu kerajaan menambah baik pentadbiran dengan mengambil dapatan kajian tersebut," katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Menurut CPI, Malaysia kini pada kedudukan 55, masih dalam kelompok satu pertiga terbaik daripada 176 negara yang terlibat dalam kajian itu, manakala di peringkat ASEAN, Malaysia padai kedudukan ketiga terbaik (daripada 10 negara ASEAN), katanya.

Beliau menjawab soalan Lim Guang Eng (DAP-Bagan) mengenai adakah kerajaan berpuas hati dengan kemerosotan kedudukan negara dalam CPI dari kedudukan ke-54 pada tahun 2015 kepada 55 tahun lepas.

Mengulas lanjut, Razali berkata kedudukan terkini itu masih berada dalam keadaan terbaik memandangkan terdapat tambahan sembilan negara dalam CPI 2016 yang menyumbang kepada ranking Malaysia bagi tahun itu.

Skor dan kedudukan CPI ditentukan menerusi tahap persepsi rasuah dalam sektor awam negara berdasarkan skala 0 (dianggap paling rasuah) kepada 100 (paling bersih).

Razali berkata kedudukan itu juga terbukti tidak menjejaskan keadaan ekonomi dan dijadikan penilaian apabila Malaysia terus mendapat perhatian dan kepercayaan pelabur luar.

"Lawatan Raja Salman (Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud) berjaya membawa pelaburan sebanyak RM40 bilion baru-baru ini.

 "Kalau negara ini teruk, maka sudah tentu orang tidak datang melabur," 

"Keyakinan itu tetap ada walaupun skor kita kadang-kadang naik, kadang-kadang turun," kata Razali seperti dilaporkan Bernama.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan akan tetap mengambil berat setiap hasil yang diperolehi daripada kajian itu dan akan terus menjalankan usaha menambah baik pentadbiran serta berharap pihak tertentu tidak mempolitikkan kedudukan berkenaan.

 "Sudah tentu kita tidak gembira bila ada aduan mengenai rasuah dalam kalangan penjawat awam kita, sebab itu SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) menjalankan tugasnya bagi mencegah setiap salah laku rasuah yang berlaku," katanya.

Tags / Kata Kunci: CPI , Rasuah , Razali Ibrahim

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan