'Raja Bomoh' Cuba Lindungi Malaysia Daripada Diserang Korea Utara

Diterbitkan: Ahad, 12 Mac 2017 6:07 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: "Raja Bomoh Sedunia" Malaysia, telah menawarkan khidmatnya untuk membantu melindungi negara ini daripada serangan nuklear Korea Utara.

Rakaman video berdurasi 18 saat memaparkan Ibrahim Mat Zin yang menggelarkan dirinya 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' dengan panggilan Datuk Mahaguru sedang melakukan ritual di sebuah pantai telah menjadi tular.

Video menunjukkan Ibrahim dan tiga pembantu berada di pantai memegang dua biji kelapa, dua batang kayu yang dijadikan teropong, lima meriam buluh, sejadah dan semangkuk air laut.

"Upacara kali ini adalah untuk melindungi Malaysia daripada sebarang ancaman atau serangan dari negara-negara lain terutama Korea Utara," kata Ibrahim yang dipetik daripada sebuah portal Melayu.

"Selain itu, upacara ini juga untuk melembutkan hati pemimpin Korea Utara supaya melepaskan sebelas rakyat Malaysia dengan segera dan menyelesaikan situasi sekarang (pembunuhan Kim Jong-nam ) " katanya.

Menjelaskan penggunaan meriam buluh, dia berkata upacara ini bukan untuk memprovokasi mana-mana pihak tetapi merupakan peringatan bahawa konflik ini akan diselesaikan tidak lama lagi.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan