TUDM Nafi Pesawat Terhempas Di Butterworth

Diterbitkan: Ahad, 12 Mac 2017 9:34 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menafikan pesawatnya terhempas ketika terbang di ruang udara Sungai Dua di sini seperti yang tular di laman sosial Facebook.

Menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, kejadian seumpama itu tidak berlaku sebaliknya pihaknya sedang menjalankan latihan sempena pembukaan dan pertunjukan udara menjelang Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 17.

"Beberapa pesawat TUDM terlibat dalam pertunjukan itu dan latihan berkenaan dijalankan mulai 8 Mac hingga 16 Mac ini.

"Latihan itu turut melibatkan simulasi letupan bom menggunakan 'phyrotechnic demonstration'," kata kenyataan itu.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan membuat spekulasi sekiranya terdapat bunyi letupan dan asap tebal sepanjang tempoh latihan itu kerana ia merupakan latihan akhir juruterbang TUDM.

Seorang pengguna Facebook hari ini memuat naik status memaklumkan ternampak percikan api dan asap tebal serta mendakwa jet terhempas di kawasan sawah padi berhampiran Lebuh Raya Utara Selatan di Sungai Dua pada Ahad, sebelum ia menjadi tular. -Bernama

Tags / Kata Kunci: TUDM , nafi pesawat terhempas , latihan

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan