Tiga Cara Berkesan Tangani Isu Babitkan Kepentingan Rakyat - Annuar

Diterbitkan: Ahad, 12 Mac 2017 4:35 PM

Annuar Musa (kiri) menyampaikan sumbangan barangan basah seperti ikan dan sayur kepada pengunjung 'Nat Pokok Getah' ketika melawat pasar sehari itu dalam Siri Jelajah Penerangan Umno di Pauh pada Sabtu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Umno perlu melaksanakan tiga cara atau pendekatan yang didapati berkesan dalam menangani isu membabitkan kepentingan rakyat, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.

Menurut beliau cara tersebut ialah turun ke bawah menemui rakyat secara bersemuka, penggunaan media konvensional dan media baharu.

Katanya pendekatan secara bersemuka membolehkan Umno mendapat bermacam maklumat dari pelbagai peringkat masyarakat dan mengikut keperluan mereka.

"Maklum balas inilah diperlukan kerajaan untuk menangani masalah rakyat supaya kita tidak menyampaikan penerangan syok sendiri. Lebih baik rakyat menegur dari kita terbiar dalam kegelapan.

"Contohnya, tinjauan mesra di Perlis semalam (Sabtu) Sabtu dan hari ini tidak sia-sia kerana saya dapat banyak maklum balas," katanya kepada media selepas mengadakan sembang santai dan dialog dengan pemandu-pemandu teksi Perlis di sini, Ahad.

Annuar berkata bagi menjayakan konsep kerajaan prorakyat, Umno masih perlukan media konvensional kerana lebih berkredibiliti dan relevan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat berbanding media baharu.

Beliau menambah penggunaan media baharu seperti Facebook harus ditingkatkanwalaupun kajian menunjukkan Umno lebih ke hadapan berbanding pembangkang dalam menggunakan platform tersebut. 

"Kami mesti bergerak sekata dan bersepadu dengan menggerakkan tiga caraini secara sistematik, saya yakin Umno mampu mengatasi pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang," tambahnya.

Beliau berharap Umno di peringkat negeri, bahagian dan cawangan akan meneruskan penggunaan tiga kaedah tersebut bagi memenuhi konsep barisan prorakyat. 

Mengenai program dialog dengan pemandu teksi tersebut, Annuar berkata beliau mengambil maklum rintihan mereka antaranya pendapatan tidak sampai RM600 sebulan, dinafikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), memohon subsidi minyak dan bantuan tayar untuk dibawa kepada perhatian Perdana Menteri.

Katanya rayuan golongan itu sangat wajar dan relevan dan kerajaan mungkin boleh menimbang melaksanakan semula subsidi minyak bagi syarikat pengangkutan awam dan teksi atau membuat konsep sara hidup mengikut zon atau bantuan dalam bentuk terus seperti pemberian tayar seperti yang pernah dilaksanakan sebelum ini.

Mengenai BR1M, Annuar berkata perkara itu telah dibincangkan oleh kerajaan yang boleh dibuat mengikut kesesuaian.

"Komen-komen di luar batasan yang menghinakan memang menjadi budaya masyarakat negara ini namun setiap pemimpin akan membuat yang terbaik bagi memenuhi aspirasi rakyat," kata Annuar. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Tan Sri Annuar Muda

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan