Najib Tekad Terus Bawa Pembaharuan Di Kelantan

Diterbitkan: Ahad, 12 Mac 2017 1:16 PM

Najib meletakkan batu asas pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Miskin pada Program Jom Bantu Rakyat Kampung Melawi, Ahad. BERNAMA

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertekad untuk terus membawa pembaharuan di Kelantan dengan melaksanakan lebih banyak projek pembangunan bagi manfaat rakyat.

Beliau berkata projek pembangunan bagi kebaikan rakyat dan membantu mengembangkan ekonomi Kelantan itu termasuk pembinaan Hospital Bachok dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Selain itu, katanya, kerajaan juga menyediakan kemudahan lain seperti hospital baharu di Kuala Krai bernilai lebih RM300 juta yang sedang dalam pembinaan.

"Kita buat hospital, universiti dan kereta api moden untuk rakyat Kelantan kerana ambo (saya) sayang rakyat Kelantan," katanya ketika berucap melancarkan program Jom Bantu Rakyat dan majlis pecah tanah Hospital Bachok di Kampung Bator, Jelawat, di sini Ahad.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Ketua Umno Bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Perdana menteri berkata bagi merealisasikan pembaharuan di Kelantan itu, kerajaan telah menambah peruntukan sehingga RM12.11 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

Beliau berkata ini menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding peruntukan dalam RMK-8 sebanyak RM3.37 bilion, diikuti RM6.9 bilion dalam RMK-9 dan RM5.6 bilion dalam RMK-10.

"Pemimpin terdahulu dari ambo, tak payah sebut nama, dia kata orang Kelantan ini patut kita dera, kurangkan peruntukan. Ambo tak percaya, ambo tak kurang, ambo tambah peruntukan untuk rakyat Kelantan," katanya.

Najib berkata bagi membela nasib rakyat, kerajaan juga akan membina lebih banyak rumah untuk rakyat miskin di negeri ini.

Beliau turut meluluskan peruntukan masing-masing RM56,000 untuk membina rumah baharu bagi menggantikan rumah usang yang diduduki tiga keluarga yang dilawatinya di sini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Kelantan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan