Pembangkang Perlu Elak Birokrasi, Bekerjasama Demi Kepentingan Rakyat - Annuar

Diterbitkan: Ahad, 12 Mac 2017 8:54 AM

Annuar Musa.

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Pembangkang diminta mengelak kerenah birokrasi yang merugikan dan meletakkan masyarakat dalam senario tegang sebaliknya, bekerjasama dengan kerajaan bagi memenuhi kepentingan rakyat.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata sebagai parti politik yang didakwa berorientasikan rakyat, pembangkang seharusnya mengutamakan perkara berkaitan keperluan dan manfaat rakyat.

"Ada perkara yang boleh kita politikkan dan ada masanya pula kita sebagai parti politik kerajaan dan pembangkang perlu sanggup bekerjasama.

"...(oleh itu,) hal berkaitan rakyat, janganlah kita susahkan dan halang serta asyik membangkang contohnya isu perumahan rakyat kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dibantah DAP," katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis Untaian Kasih Parlimen Kangar di Dewan Kolej Vokasional di sini malam Sabtu.

Menurutnya setiap rakyat berhak mendapat kehidupan sempurna dan menikmati kemudahan terutamanya perumahan yang selesa.

Annuar berkata isu perumahan adalah perkara yang menyentuh setiap lapisan masyarakat dan menjadi matlamat BN untuk merialisasikan impian mereka memiliki kediaman.

"Jadi, bila BN fokus kepada kepentingan rakyat, saya harap pembangkang tidak timbulkan perkara yang menyusahkan kerajaan pusat untuk melaksanakannya...jangan hasut rakyat dengan tohmahan yang tidak berasas," katanya.

Beliau berkata para pemimpin Umno tidak akan berhenti mencari cara terbaik bagi mensejahterakan rakyat termasuk melipatgandakan usaha memberi bantuan yang boleh membantu meningkatkan pendapatan rakyat. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: pembangkang , Umno , Annuar Musa

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan