"Terima Kasih PM, Saya Percaya Kerajaan Akan Lakukan Yang Terbaik" - Ibu

Diterbitkan: Sabtu, 11 Mac 2017 1:25 PM

Maznah mendoakan keselamatan anaknya Iza Karmila dan keluarganya pada majlis tahlil dan doa selamat ketika ditemui Bernama dirumahnya, Khamis lalu. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SITIAWAN: "Terima kasih Perdana Menteri, saya percaya kerajaan akan lakukan yang terbaik untuk membawa pulang anak saya," demikian penghargaan Maznah Adnan, ibu kepada seorang daripada rakyat Malaysia yang kini berada di Korea Utara.

Maznah, 63, berkata sebagai seorang ibu, tiada yang melegakan apabila mengetahui anak ketiganya, Iza Karmila Ramli, 33, dan keluarga di Pyongyang dalam keadaan selamat selepas mendapat tahu mengenai perbualan telefon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menantunya, Mohd Nor Azrin Md Zain yang juga penasihat kedutaan di Kedutaan Malaysia di Pyongyang dari Pejabat Perdana Menteri di bangunan Parlimen, Khamis lalu.

Beliau menyifatkan panggilan itu sebagai pembakar semangat untuknya terus berdoa selain menaruh keyakinan tinggi bahawa Perdana Menteri akan menyelesaikan konflik yang berlaku tanpa menjejaskan keselamatan rakyat Malaysia di negara tersebut.

"Saya percaya Perdana Menteri kita merupakan pemimpin yang berwibawa yang mampu membuat rundingan baik dengan Korea Utara dalam usaha menyelesaikan masalah ini.

"Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri dan merayu supaya kerajaan berusaha keras untuk membawa pulang keluarga anak saya dengan segera," katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di sini.

Iza Karmila merupakan Pegawai Tadbir Diplomatik tetapi kini sedang bercuti kerana mengikuti suaminya yang bertugas sebagai penasihat kedutaan di Kedutaan Malaysia di Korea Utara dan masih berada di negara itu selepas tidak dibenarkan keluar sejak 7 Mac lalu.

Pasangan itu berada di Korea Utara bersama tiga anak mereka iaitu Annur Zulaikha, Aynur Zhafirah serta Ayscha Zinnirah.

Bercerita lanjut mengenai perasaan selepas perbualan Perdana Menteri bersama menantunya, Maznah berharap anaknya sekeluarga mampu terus bertahan dalam menghadapi dugaan ketika ini.

"Alhamdulillah, dalam perbualan itu, dia dan keluarganya sihat dan selamat dan saya berharap mereka bertahan di sana dengan semangat juang yang tinggi.

"Saya belum lagi menerima panggilan daripada dia (Ila Karmila) selepas kali terakhir pada Selasa lalu. Apapun saya sentiasa berdoa untuk keselamatannya sekeluarga serta rakyat Malaysia yang lain," katanya.

Sebelas rakyat Malaysia dilaporkan berada di Korea Utara ketika Pyongyang pada 7 Mac mengumumkan larangan bagi rakyat negara ini meninggalkan negara itu.

Namun, pada Khamis, Najib mengumumkan dua daripada mereka iaitu petugas Pertubuhan Bangsa Bersatu telah dibenarkan keluar dari Korea Utara dan kini berada di Beijing.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara tegang berikutan pembunuhan Kim Chol, atau dilaporkan media sebagai Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Februari lepas.

Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol diusir dari negara ini pada 6 Mac lalu selepas dilaporkan membuat kenyataan tidak berasas dan menghina Malaysia berhubung siasatan kes pembunuhan Jong-nam.

Sehari kemudian, Korea Utara mengumumkan tindakan mengusir Duta Besar Malaysia di negara itu, Mohamad Nizan Mohamad selain menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara berkenaan. - BERNAMA
Tags / Kata Kunci: Maznah Adnan , Korea Utara

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan