PRU-14:Arahan Beku Cuti Hanya Untuk Kakitangan JaPen

Diterbitkan: Sabtu, 11 Mac 2017 1:36 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Surat pekeliling arahan pembekuan cuti persendirian ke luar negara terhadap penjawat awam bertarikh 28 Februari lalu hanya dikeluarkan khusus untuk kakitangan Jabatan Penerangan (JaPen).

Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata arahan tersebut tidak melibatkan semua kakitangan kerajaan sebagaimana tular.

"Surat pekeliling dalaman ini dikeluarkan kerana ada anggota JaPen yang menempah tiket kapal terbang setahun lebih awal dari tarikh penerbangan mereka bagi mendapat tambang murah.

"Apabila cuti mereka tidak diluluskan, mereka merayu dengan memberi alasan bahawa tiket telah ditempah dan  tidak boleh ditunda tarikhnya," katanya dalam  enyataan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai surat pekeliling dikeluarkan Jabatan Penerangan berkaitan pembekuan cuti bermula Mei ini konon sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menjadi tular di laman media sosial baru-baru ini.

Menurut Ibrahim, surat tersebut adalah sebagai peringatan cuti ke luar negara persendirian atau urusan peribadi bagi mengelakkan kakitangan JaPen menempah tiket penerbangan ketika jabatan memerlukan khidmat mereka untuk program rasmi kerajaan.

"JaPen terlibat dalam aktiviti utama negara seperti perayaan Hari Kebangsaan, Sukan SEA, pertabalan Yang di-Pertuan Agong dan aktiviti advokasi, komunikasi serta penghebahan maklumat dasar-dasar kerajaan kepada rakyat," katanya.

Ibrahim berkata, menjadi kelaziman surat pekeliling itu dikeluarkan setahun sebelum tamat tempoh Parlimen bagi mengingatkan seluruh kakitangan jabatan itu agar bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) apabila diisytiharkan nanti.

"Adalah tanggungjawab JaPen sejak dahulu membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam memastikan demokrasi berjalan lancar melalui kempen keluar mengundi, pendidikan tatacara dan kaedah mengundi dalam media dan komunikasi bersemuka menjelang PRU.

"Di samping itu tanggungjawab hakiki JaPen untuk menyampaikan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan juga dibuat secara berterusan," katanya.

Namun, Ibrahim berkata, surat pekeliling itu tidak melibatkan cuti dalam negara yang masih boleh dimohon melalui ketua bahagian atau pengarah masing-masing.

Malah, katanya, pembekuan itu tidak melibatkan mereka yang mendapat tawaran menunaikan fardu haji atau umrah dan keperluan ke luar negara tertentu.

"Ia masih boleh dipertimbangkan mengikut merit permohonan mereka, contohnya kematian keluarga terdekat di luar negara," katanya.





Tags / Kata Kunci: surat pekeliling , pembekuan cuti , JaPen

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan