SOP Tentukan Harga Siling Bahan Api Dibentang Kepada Kabinet Rabu Ini - Hamzah

Diterbitkan: Sabtu, 11 Mac 2017 9:04 PM

(Ubah saiz teks)

BATU KURAU: Prosedur Operasi Standard (SOP) penentuan mekanisme harga siling bahan api secara mingguan akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pembentangan itu bertujuan memberi penerangan mengenai mekanisme itu yang akan dilaksanakan mulai 1 April depan.

"Apabila SOP penentuan harga itu siap, barulah saya umumkan nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Ulu Sepetang dekat sini, Sabtu.

Pada 6 Mac lepas, Hamzah berkata harga siling bahan api akan diumumkan secara mingguan bermula bulan depan.

Sehubungan itu, kementerian menasihatkan operator stesen minyak supaya bekerjasama dengan Persatuan Pengedar Petroleum Malaysia bagi membentuk konsep yang boleh mengelak kekeliruan dalam kalangan pengguna.

Hamzah, yang juga Anggota Parlimen Larut, berkata tindakan yang diambil kerajaan berhubung isu itu sentiasa mendahulukan kepentingan dan  keperluan rakyat.

"Ini termasuk menyediakan pengangkutan awam lebih baik dan terancang seperti sistem transit aliran ringan (LRT) dan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) di Kuala Lumpur," katanya. -Bernama

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan