Politeknik Akan Dibina Di Besut Tahun Ini - Idris Jusoh

Diterbitkan: Sabtu, 11 Mac 2017 8:41 PM

idris jusoh

Datuk Seri Idris Jusoh

(Ubah saiz teks)

BESUT: Sebuah politeknik bernilai RM180 juta akan dibina di Besut pada tahun ini bagi memenuhi keperluan graduan dalam bidang teknikal khususnya di negeri ini.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata politeknik tersebut akan dibina di satu kawasan berhampiran Bukit Keluang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera di sini.

Katanya, majlis pecah tanah pembinaan politeknik berkenaan akan dilakukan pada 18 Mac ini dan pembinaannya dijangka mengambil masa tidak melebihi tiga tahun.

"Dengan pembinaan politeknik ini, negeri Terengganu akan mempunyai dua politeknik selain di Dungun yang mampu menampung lebih 1,000 pelajar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Berkelompok Wanita, Pemuda dan Puteri Umno DUN Jerteh di Dewan Gong Nering di sini Sabtu.

Idris juga berkata kementeriannya meluluskan peruntukan berjumlah RM40 juta bagi pembinaan sebuah perpustakaan baharu di Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) Kampus Tembila, di sini dan membina beberapa bangunan fakulti baharu tahun ini.

Terdahulu, Idris yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno dalam ucapannya meminta masyarakat Melayu terus menyokong parti itu demi memastikan kelangsungan pembangunan untuk agama dan bangsa di negara ini.

Katanya, Umno adalah parti yang konsisten dengan perjuangannya yang sentiasa membela nasib kaum Melayu hingga mencapai kemajuan dalam setiap aspek daripada dahulu hingga kini.

"Rakyat perlu berfkir sedalam-dalamnya sebelum memilih mana-mana parti bagi menggantikan Umno kerana kewujudan parti berkenaan hanya lebih kepada ingin mengaut keuntungan yang telah diusahakan oleh Umno daripada perjuangannya sejak lebih 50 tahun lalu," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan