Jangan Pertaruh Masa Depan Negara Hanya Kerana Individu

Diterbitkan: Sabtu, 11 Mac 2017 10:02 AM

Annuar Musa menyampaikan ucapan pada majlis ceramah isu-isu semasa sempena Program Jelajah Penerangan Umno di Kampung Kubang Menerong, Padang Sera malam Jumaat. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JERLUN: Rakyat dinasihat agar tidak mempertaruhkan masa depan negara hanya kerana bersimpati terhadap mana-mana individu.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata soal individu itu adalah sangat kecil berbanding nasib keseluruhan bangsa, agama dan negara.

"Masa depan negara yang di tangan kita semua adalah lebih penting. Umno telah berjuang untuk rakyat dan pemimpin ini perlu sedar tidak ada gunanya bagi dia pula mempertaruhkan masa depan negara untuk hanya kepentingan diri.

"Apa yang kita buat ini adalah fardu kifayah kerana mempertahankan kerajaan yang telah mengangkat martabat bangsa, agama dan negara," katanya ketika berucap pada Majlis Ceramah Isu-isu Semasa di Padang Sera di sini, malam Jumaat.

Annuar berkata tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang cuba mengganggu gugat keharmonian negara adalah sesuatu yang sukar diterima rakyat.

"Semasa Tun Mahathir menjadi perdana menteri sokongan rakyat tidak berbelah bahagi termasuk saya tetapi cukuplah dan berilah ruang kepada Datuk Seri Najib (Tun Razak) untuk terus mentadbir negara dan meneruskan kesinambungan keharmonian melalui parti keramat Umno ini," katanya.

Beliau berkata parti telah banyak menerima ujian, namun ia tetap kukuh bertahan memayungi bangsa, agama dan negara.

Sehubungan itu, beliau berharap Dr Mahathir akan kembali sedar terhadap perjuangannya bersama pembangkang dan kembali bersama parti yang pernah didokongnya.

"Saya tahu hati kecilnya masih sayangkan Umno dan berdoalah mereka kembali ke dalam parti keramat ini," katanya.

Beliau juga berharap Umno dan PAS akan dapat menemui titik pertemuan untuk menjalin kerjasama demi bangsa dan agama. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , Umno , Dr Mahathir Mohamad

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan