AirAsia Tawar Tiga Juta Tempat Duduk Percuma

Diterbitkan: Sabtu, 11 Mac 2017 4:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia menawarkan tiga juta tempatan duduk promosi ke 120 destinasi dengan tambang serendah RM0 sehala, yang tersedia di airasia.com dari 13 hingga 19 Mac, 2017.

Tempoh perjalanan bagi tempat duduk percuma itu bermula 1 September 2017 sehingga 5 Jun, 2018, dengan akses keutamaan promosi dan tempahan untuk ahli AirAsia BIG pada 12 Mac.

AirAsia dalam satu kenyataan berkata tempahan juga boleh dilakukan secara dalam talian dengan aplikasi mudah alih AirAsia atau menebus penerbangan menerusi airasiabig.com dan aplikasi mudah alih AirAsia BIG.

Ia berkata bagi mereka yang mahu segera melancong, AirAsia juga menawarkan promosi istimewa bagi tempoh perjalanan antara 14 Mac 2017 hingga 31 Ogos 2017 yang boleh ditempah sekarang.

"Menerusi kempen tempat duduk percuma ini, kami mahu penumpang menikmati penawaran kami yang membolehkan mereka menempah penerbangan lebih awal dan menikmati tawaran terbaik.

"Kami sentiasa berusaha menghubungkan pengguna ke destinasi baharu dan menarik seperti pelancaran penerbangan ke Luang Prabang, Laos, Bhubaneswar, India dan Honolulu, Amerika Syarikat baru-baru ini," kata Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: AirAsia , percuma

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan