Sambut Hari Jadi Selepas Keluar Dari Pyongyang

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mac 2017 8:56 AM

Nyanaprakash Muniandy

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Nyanaprakash Muniandy akan menyambut hari lahirnya pada Sabtu dengan perasaan lega.

Beliau adalah salah seorang daripada dua rakyat Malaysia yang dibenarkan meninggalkan Korea Utara walaupun kerajaan negara itu masih mengekalkan larangannya ke atas rakyat Malaysia yang berada di sana.

Bapa kepada seorang anak lelaki berusia 14 tahun itu akan berusia genap 47 tahun, Sabtu.

Perdana Menteri menerusi kenyataannya di Twitter pada Khamis memberitahu dua rakyat Malaysia yang merupakan kakitangan Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah tiba di Beijing.

Jurucakap WFP ketika dihubungi, tidak mendedahkan butir-butir rancangan perjalanan kedua-dua mereka.


Tidak dapat dipastikan sama ada mereka akan kembali ke Malaysia atau ditempatkan di tempat lain.

"Kakitangan berkenaan merupakan penjawat awam antarabangsa dan mereka bukan wakil kerajaan negara mereka.

"Mereka bekerja dengan WFP di Korea Utara," kata jurucakap itu.

Dalam ruangan 'apa yang kami lakukan' di laman web Yayasan PBB, artikel pendek bertarikh Disember 2010 menyatakan bahawa Nyanaprakash adalah anggota pasukan tindak balas kecemasan Inter-Agency WFP yang bersiap sedia di pejabat WFP serantau untuk dikerahkan dan memberikan bantuan dalam sebarang operasi kecemasan.

Salah seorang yang sangat gembira melihat beliau pulang dengan selamat adalah bekas rakan sekerja, Md Ghani Ibrahim.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Salam itu berkata kali terakhir beliau berhubung dengan Nyanaprakash adalah melalui Facebook pada tahun 2014 ketika beliau dalam misi WFP di Dubai dan beliau tidak tahu bahawa rakannya itu kini berada di Korea Utara.

Kali terakhir mereka berbual, Nyanaprakash telah menyatakan hasratnya untuk pulang menyambut Deepavali dan singgah di pejabat Yayasan Salam.

"Selama ini, saya fikir dia berada di Dubai," kata Ghani, menggambarkan Nyanaprakash sebagai seorang lelaki yang merendah diri, baik hati dan gemar menghulurkan bantuan.

"Dia sentiasa bersedia menyahut cabaran dan sentiasa gembira," katanya.

Tags / Kata Kunci: WFP , Nyanaprakash , KOrea Utara

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan