Exco Johor Direman Tujuh Hari

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mac 2017 12:16 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

JOHOR BAHRU: Exco kerajaan negeri Johor Datuk Abd Latif Bandi yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah dan penyelewengan hartanah, direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Nur Sulehan Abd Rahman,  mengarahkan Abd Latif, 51, ditahan sehingga 16 Mac seperti yang dimohon oleh SPRM.

Abd Latif yang memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga, dibawa oleh pegawai SPRM ke Mahkamah Johor Bahru pukul 9.11 pagi pada Jumaat.

Beliau disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Sejurus Abd Latif ditahan pada Khamis, pegawai SPRM merampas sejumlah barangan berharga di rumah beliau di Johor termasuk 150 beg tangan mewah, wang tunai RM41,000 dan sebuah kenderaan mewah.

Antara jenama beg tangan yang dirampas termasuk Chanel, Prada, Gucci, Salvatore Ferragamo dan Louis Vuitton.

Difahamkan SPRM telah mengekori Abd Latif selama beberapa hari dan mengesan kedudukan suspek sebelum melakukan penahanan.

Pada 24 Februari lalu, anak sulung Abd Latif, Ahmad Fauzan dan pegawai khasnya, Muhammad Idzuan Jamalluddin ditahan oleh SPRM.

Susulan penahanan dua suspek itu, Abd Latif mengambil pendirian berdiam diri berhubung kes tersebut.

Beliau juga tidak dilihat di khalayak umum.

Kira-kira RM15.5 juta dalam lebih 45 akaun dibekukan sebagai sebahagian siasatan kes itu.

Turut dirampas termasuk 21 buah kereta mewah, lima buah motosikal berkuasa tinggi dan sejumlah dokumen.

Seorang peguam, dua pemaju, seorang kontraktor dan seorang lagi suspek turut ditahan dalam beberapa siri serbuan oleh SPRM.

Kesemua tujuh suspek berusia antara 25 dan 50 tahun, dibebaskan dengan ikat jamin selepas tempoh reman mereka tamat.

Setakat ini, SPRM telah memanggil 15 individu untuk memberikan keterangan.

Tags / Kata Kunci: Abd Latif Bandi , SPRM , Exco Johor

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan