Sah! Kim Chol Adalah Kim Jong-nam

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mac 2017 6:46 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan Kim Chol, lelaki warga Korea Utara yang mati dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Januari lalu adalah Kim Jong-Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata maklumat pengesahan identiti yang mengesahkan identiti mayat tersebut, telah diperoleh pada Khamis.

"Saya mengesahkan mayat yang pada asalnya dikenali sebagai Kim Chol,  disahkan sebagai Kim Jong-Nam.

"Saya tidak akan mendedahkan bagaimana pengesahan atau cara identiti itu dilakukan atas dasar keselamatan saksi, jadi kami tidak akan memberitahu lebih lanjut tentang perkara itu," katanya pada sidang media selepas Majlis Penutupan Projek Rintis Balai Polis Moden di sini, pada Jumaat.

Selain itu, Khalid berkata, mayat Jong Nam akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan seterusnya.

"Mengikut undang-undang Malaysia, mayat itu hanya akan diserahkan kepada waris atau ahli keluarga sahaja. Tetapi tiada ahli keluarga yang menuntut mayat tersebut setakat ini.

"Kami juga sudah selesai dengan (proses mengenalpasti) mayat itu, jadi kita tidak perlukan mayat itu lagi. Kita akan serahkan kepada Kementerian Kesihatan pada bila-bila masa," katanya.

Ketika ditanya mengenai tiga suspek yang yang diburu polis untuk membantu siasatan, Khalid berkata, pihaknya masih menunggu suspek untuk menyerah diri.

Tags / Kata Kunci: Kim Jong-nam , Khalid Abu Bakar

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan