Dua Petugas PBB Akan Tinggal Di Beijing

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mac 2017 1:41 PM

Reezal Merican.

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Dua petugas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang merupakan antara 11 orang warga Malaysia yang dilarang meninggalkan  Korea Utara awal minggu ini, selamat tiba di Beijing, China pada Khamis dan akan tinggal di sana buat sementara.

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican berkata kedua-dua mereka yang bertugas di bawah Program Makanan Sedunia PBB, Stella Lim and Nyanaprakash Muniandy telah sampai di Beijing dan akan meneruskan program di sana.

"Saya telah bercakap dengan Stella menerusi telefon dan saya diberitahu mereka akan tinggal di Beijing untuk program PBB di sana," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau berkata kedua-dua mereka adalah pemegang pasport PBB dan mereka dibenarkan meninggalkan Pyongyang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tweet terbarunya pada Khamis, menyatakan kedua-dua rakyat Malaysia itu, yang merupakan sebahagian daripada petugas PBB, telah tiba di Beijing.

Bagaimanapun Reezal berkata beliau masih berhubungan dengan sembilan lagi rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara dan semuanya dilaporkan dalam keadaan selamat.

Katanya mereka masih boleh dihubungi dan bebas bergerak.

"Saya akan sentiasa menghubungi mereka di Korea Utara dan (ketika ini) tiada sebarang bentuk ancaman berlaku terhadap mereka, dan mereka bebas bergerak seperti biasa. Bila saya bercakap dengan Stella, beliau juga melaporkan perkara yang sama," katanya.

Reezal berkata waris mereka di Malaysia telah dimaklumkan mengenai keadaan  mereka di sana.

"Keutamaan kita ialah membawa mereka pulang segera dan dalam keadaan selamat," katanya.

Reezal turut menggesa media supaya tidak mensensasikan isu itu kerana kerajaan sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikannya antara dua negara.

Dilaporkan bahawa Korea Utara pada Selasa, melarang kesemua rakyat Malaysia itu daripada meninggalkan negara berkenaan.

Susulan itu Malaysia mengambil tindakan serupa, dan keadaan menjadi tegang ketika polis masih lagi menyiasat pembunuhan Kim Chol atau yang dilaporkan secara meluas sebagai Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong-un. - BERNAMA



Tags / Kata Kunci: petugas PBB , Korea Utara

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan