Lebih 200 Pelajar Di Ipoh Dijangkiti ILI

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mac 2017 2:21 PM

Dr Mah melawat pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah yang dijangkiti penyakit seperti influenza pada Jumaat. foto STAR/IVAN LOH

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seramai 216 pelajar di tiga sekolah di sini dikesan menghidap gejala penyakit seperti influenza (ILI), kata Exco Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Integrasi Nasional negeri Datuk Dr Mah Hang Soon.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 129 pelajar adalah dari Sekolah Raja Perempuan Taayah; 84 Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) dan selebihnya murid dari Sekolah Kebangsaan Klebang.

Katanya seramai 127 pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah dari tingkatan satu hingga lima telah diisolasi, sementara dua lagi kini mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Columbia, Taiping.

"Lapan sampel telah diambil dari Sekolah Raja Perempuan Taayah dan satu daripadanya disahkan positif Influenza A (H3) atau selesema bermusim sementara satu lagi disahkan Influenza B," katanya kepada pemberita selepas melawat pelajar yang dijangkiti ILI di Sekolah Raja Perempuan Taayah dan STAR di sini Jumaat.

Dr Mah berkata semua pelajar di STAR dan Sekolah Kebangsaan Klebang juga telah diisolasi dan setakat ini tiada pelajar yang dimasukkan ke hospital.

Beliau berkata pelajar di Sekolah Raja Perempuan Taayah dikesan dijangkiti virus itu pada 4 Mac, STAR pada 6 Mac lepas manakala pelajar di Sekolah Kebangsaan Klebang baru-baru ini, namun keadaan adalah terkawal.

Dr Mah turut menyarankan orang ramai supaya mengamalkan langkah pencegahan antaranya mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital sekiranya terdapat gejala ILI seperti demam, batuk dan sakit tekak.

ILI merupakan penyakit dengan gejala utama adalah seperti demam, sakit tekak dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi, kelesuan dan selesema.

Seorang pelajar STAR, Muhammad Najmi Haikal Mustapha Kamil, 13, berkata dia hanya mengalami batuk sejak minggu lepas dan keadaannya kini bertambah baik.

"Saya kena kuarantin dari semalam (Khamis) dan saya dah maklumkan pada ibu bapa saya. Saya terkejut sebab bukan saya sorang dikuarantin tetapi ramai," katanya yang berasal dari Kuantan, Pahang.

Mohd Arfan Haziq Ramdzan, 14, juga pelajar STAR berkata dia mengalami demam sejak Khamis manakala tiga lagi rakan sebiliknya juga dikuarantinkan kerana demam, batuk dan selesema.

Beliau yang berasal dari Negeri Sembilan berharap penyakitnya dan rakan-rakan dapat sembuh dengan segera bagi membolehkan mereka terus mengikuti sesi pembelajaran seperti biasa. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: ILI , Ipoh

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan