Bersatu Hadapi Masalah, Ancaman - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mac 2017 4:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan seluruh rakyat termasuk pemimpin kerajaan dan pembangkang memberi sokongan penuh terhadap segala usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang dilarang meninggalkan Korea Utara.

Perdana menteri berkata kekuatan sesebuah negara boleh diukur dengan melihat kepada kebersatuan rakyat ketika menghadapi krisis atau ancaman dari luar.

"Sekiranya kita bersatu-padu ketika menghadapi sebarang masalah atau ancaman, musuh dari luar tidak akan mampu meruntuhkan segala yang kita bina selama ini," katanya menerusi entri terbaru blog najibrazak.com.

Beliau berkata ini bukan pertama kali Malaysia menghadapi saat getir membabitkan hubungan luar negara, krisis seperti MH370, MH17 dan Lahad Datu telah membuktikan bahawa Malaysia berpengalaman dalam menangani isu berkaitan kuasa asing yang rumit.

"Insya-Allah, kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah yang Maha Kuasa sekali lagi untuk mengembalikan rakyat Malaysia di Korea Utara dengan selamat dan merungkai segala persoalan mengenai pembunuhan yang berlaku di tanah air kita ini," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Najib berkata Malaysia sentiasa menjaga hubungan baik dengan semua negara.

"Bagaimanapun, ini tidak bermakna sesiapa dari kalangan mereka boleh menyalahgunakan segala layanan baik yang Malaysia telah berikan selama ini dan melanggar undang-undang negara kita atau melakukan sesuka hati mereka tanpa menghormati Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat," katanya.

Sebelas rakyat Malaysia dilaporkan berada di Korea Utara ketika Pyongyang pada 7 Mac mengumumkan larangan bagi rakyat negara ini meninggalkan negara itu.

Namun, pada Khamis, Najib mengumumkan dua daripada mereka iaitu petugas Pertubuhan Bangsa Bersatu telah dibenarkan keluar dari Korea Utara dan kini berada ke Beijing.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara tegang berikutan pembunuhan Kim Chol, atau dilaporkan media sebagai Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Februari lepas.

Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol diusir dari negara ini pada 6 Mac lalu selepas dilaporkan membuat kenyataan tidak berasas dan menghina Malaysia berhubung siasatan kes pembunuhan Jong-nam.

Sehari kemudian, Korea Utara mengumumkan tindakan mengusir Duta Besar Malaysia di negara itu, Mohamad Nizan Mohamad selain menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Korea Utara , Kim Jong-nam

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan