Najib Lancar KE7B Ke Kutub Utara April Ini

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mac 2017 6:47 PM

Tiga penjelajah negara yang juga ikon sukan lasak iaitu Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, 35, (tengah); Mohd Irwan Yusoff Abdullah, 37, (kiri); dan Shahrom Abdullah, 37, pada majlis penyerahan bendera Ekspedisi KE7B Kutub Utara 2017 pada Jumaat. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Ekspedisi Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) Kutub Utara 2017 di Bangunan Perdana Putra pada Jumaat.

Presiden KE7B Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin, 35 dan dua anggota KE7B, Shahrom Abdullah, 38, dan Muhammad Irwan Yusuf, 37, akan memulakan ekspedisi itu pada 4 April dalam usaha mengharumkan nama negara di persada dunia. 

Berucap pada majlis pelancaran itu, Najib mahu rakyat Malaysia mencabar diri dengan meletakkan sasaran yang tinggi untuk meraih satu pencapaian dengan kekuatan serta semangat tidak mahu menyerah kalah.




"Kita perlu meletakkan sesuatu tugas yang dilakukan dengan baik serta perlu mengalas serta berjuang sehingga amanah dan tugas yang diberikan kepada kita dicapai dengan jayanya. 

"Kita mesti berpegang kepada kata-kata - tidak berundur, tidak menyerah kalah," katanya bagi meniupkan semangat tiga ikon sukan lasak itu.

Hadir samaPenasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusuf.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga meniup semangat kepada kumpulan ekspedisi itu agar sentiasa cekal dan mengingatkan bahawa seluruh rakyat Malaysia ada bersama mereka dengan iringan doa, restu dan sokongan moral agar ekpedisi tersebut berjaya.

"Saya tahu bukan mudah untuk menjelajah Last Degree Ski sejauh 111 kilometer dengan cuaca sejuk yang ekstrem dengan suhu boleh mencecah negatif 50 Celsius. Itulah sebab saya kagum dengan daya juang yang ditunjukkan saudara semua.

"Mudah-mudahan ekspedisi ini akan menjadi rangsangan terutama kepada orang muda bahawa dalam hidup ini, kita perlu menghadapi pelbagai cabaran," katanya.

Perdana Menteri juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat maju jaya kepada kumpulan itu dan berdoa agar mereka kembali dengan selamat serta mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Muhammad Muqharabbin berkata ketiga-tiga mereka sudah bersedia menakluki Kutub Utara dan akan berlepas ke Oslo, Norway pada 4 April dan akan berpangkalan di Longyearbyen, Pulau Svalbard selama seminggu untuk menjalani proses penyesuaian diri serta persiapan akhir kelengkapan.

Katanya, mereka bertiga telah menjalani beberapa siri latihan fizikal di Jepun, Amerika Syarikat dan sekitar Malaysia, dan dijangka memulakan ekspedisi pada 13 April.

Beliau berkata mereka akan berdepan dengan cabaran keupayaan diri mereka sendiri untuk berski sambil menarik kereta luncur salji sepanjang ekspedisi itu yang mengandungi barang-barang keperluan seperti peralatan khemah, bekalan makanan, dan pelbagai peralatan yang dianggarkan seberat 70 kilogram.

"Di Jepun, kita telah menjalani latihan penyesuaian diri penjelajah yang merentasi Kutub Utara serta penyesuaian cuaca sejuk bersalji yang dijalankan pada Januari lalu.

"Kita juga telah menjalani latihan fizikal membabitkan aktiviti berjalan kaki sambil menarik beban berupa tayar kenderaan yang diletakkan bebanan seberat 50 kilogram," katanya, sambil menambah ekspedisi itu akan meliputi perjalanan sejauh 20 hingga 30 km sehari.   

Beliau menerangkan terdapat perbezaan dari segi bentuk permukaan antara Kutub Utara dan Selatan, dan ia menjadi cabaran buat pasukannya untuk menjayakan ekspedisi berkenaan.

Ekspedisi ke Kutub Utara itu menjadi ekspedisi keenam KE7B selepa Ekspedisi KE7B 7 Puncak 7 Benua 2010, Ekspedisi KE7B Renangan Perpaduan Selat Inggeris 2012, Ekspedisi KE7B Felda Everest 2013, Ekspedisi Jelajah KE7B Felda Greenland dengan ski 2014 dan Ekspedisi Jelajah KE7B Kutub Selatan 2015-2016. -Bernama

Tags / Kata Kunci: KE7B , Najib Tun Razak

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan