Felda Bantah 'Konvensyen Felda' Anjuran Pakatan Harapan

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mac 2017 9:46 PM

Hanapi Suhada

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menyuarakan bantahan dan menegaskan bahawa organisasi itu sama sekali tidak terlibat dengan penganjuran 'Konvensyen Felda" oleh Pakatan Harapan pada Sabtu depan.

Pengarah Besar Felda Datuk Hanapi Suhada dalam kenyataan pada Jumaat berkata, organisasi itu juga tidak pernah memberi sebarang kebenaran untuk menggunakan nama Felda sebagai tajuk konvensyen tersebut.

"Kebelakangan ini terdapat pihak yang berusaha untuk mengganggu-gugat kesejahteraan dan keharmonian masyarakat peneroka. Yang terbaru, Pakatan Harapan dijadual mengadakan 'Konvensyen Felda, Kelangsungan Felda Melalui Pengupayaan dan Pendidikan' di Shah Alam pada 19 Mac ini. 

"Penggunaan nama Felda sebagai tajuk konvensyen tersebut akan mengelirukan peneroka dan masyarakat awam amnya," katanya.

Beliau berkata Felda memandang berat perkara ini kerana kemungkinan terdapat pembentangan yang tidak tepat dan dikhuatiri akan mengganggu-gugat keharmoniandan kesejahteraan masyarakat di rancangan-rancangan Felda.

Menurut kenyataan itu, sejak ditubuhkan pada 1956, Felda tidak pernah lari daripada objektif utamanya bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat peneroka di 317 rancangan di seluruh negara. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Felda , Pakatan Harapan , Konvensyen Felda

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan