Air Pancut Dataran 1Malaysia Di Klebang Bebas Rotavirus

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mac 2017 12:42 PM

Dataran 1Malaysia, Klebang.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Jabatan Kesihatan Melaka pada Jumaat mengesahkan tiada jangkitan Rotavirus yang berpunca daripada air pancut di Dataran 1Malaysia, Klebang di sini.

Pengarah Kesihatan Negeri Melaka Datuk Dr Ghazali Othman berkata hasil dua ujian makmal terhadap sampel air pancut yang diambil dari kolam berkenaan adalah negatif dan ia bebas daripada kehadiran virus yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

Katanya sehingga kini pihaknya belum menerima laporan kes baharu jangkitan Rotavirus berkenaan.

"Jabatan Kesihatan akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenai aspek pencegahan bagi mengelak orang ramai mandi di kolam tersebut memandangkan ia bukan tempat untuk mandi," katanya.

Beliau mencadangkan agar PBT memperketatkan penguatkuasaan larangan orang ramai mandi di kolam tersebut.

"Sekiranya pihak PBT ingin menjadikan kolam tersebut sebagai tempat mandi, pemantauan kualiti air perlu dilakukan dan kami sedia memberi pandangan mengenai sistem rawatan air yang sesuai bagi menjaga kualiti air untuk keselamatan orang ramai," katanya.

Ghazali berkata bidang kuasa pihaknya adalah memantau kualiti air yang dirawat untuk kegunaan sebagai air minuman sahaja.

Katanya jika PBT ingin mengekalkan status kolam air pancut itu dan bukannya sebagai tempat mandi, mereka tidak perlu menaik taraf sistem penjagaan kualiti air yang sedia ada namun perlu meningkatkan penguatkuasaan bagi memantau larangan membenarkan orang ramai mandi di kolam tersebut.

Sebelum ini tular di laman sosial bahawa terdapat ramai kanak-kanak yang bermain di air pancut berkenaan mendapatkan rawatan di Hospital Melaka akibat dijangkiti Rotavirus. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: rotavirus , air pancut

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan