Visa Semasa Ketibaan Tidak Lama Lagi Untuk Rakyat Malaysia Ke Ukraine - Duta

Diterbitkan: Khamis, 9 Mac 2017 8:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang berkunjung ke Ukraine akan mendapat visa semasa ketibaan tidak lama lagi setelah Kabinet negara itu meluluskan peraturan baharu mengenainya pada 1 Mac, kata Duta Besar Ukraine di Malaysia, Olexander Nechytaylo.

"Pada hari itu, Kabinet meluluskan peraturan baharu tersebut bagi menghapuskan kerenah birokrasi untuk rakyat Malaysia yang berkunjung ke Ukraine dan ia akan dilaksanakan mulai 1 April," katanya kepada Bernama dalam satu wawancara baru-baru ini bersempena ulang tahun ke-25 hubungan diplomatik Malaysia-Ukraine.

Beliau berkata, perkembangan baharu itu boleh meningkatkan aktiviti pelancongan serta mewujudkan hubungan rakyat dengan rakyat secara berkekalan dan langkah itu adalah antara perkara yang menjadi fokus kedutaan Ukraine di sini untuk meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara.

Katanya, kira-kira 11,000 rakyat Ukraine berkunjung ke Malaysia pada 2015, manakala jumlah ketibaan pelancong Malaysia di Ukraine rendah sedikit daripada itu.

Ketika ini, rakyat Ukraine boleh melawat Malaysia tanpa visa hingga selama 30 hari, tetapi rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara Eropah timur itu perlu mendapatkan visa.

Beliau berkata, kedutaan Ukraine di sini juga merancang untuk menganjurkan sesi 'ceramah perjalanan' lewat tahun ini, yang akan menghimpunkan ejen pelancongan dari kedua-dua negara dan syarikat penerbangan antarabangsa.

"Saya berharap Ukraine akan menjadi sebahagian daripada pakej yang ditawarkan kepada pasaran Malaysia, mungkin berserta satu lawatan ke Turki dan Poland," katanya.

Nechytaylo berkata, Ukraine menawarkan banyak perkara seperti beberapa Tapak Warisan Dunia Unesco dan 'pelancongan ekstrem' ke loji tenaga Chernobyl, yang ditutup selepas berlakunya bencana nuklear pada 1986. 

Menurutnya, menyedari bahawa rakyat Malaysia amat suka menjamu selera, makanan halal kini lebih mudah didapati di Ukraine selepas satu krisis yang berlaku di kawasan sempadan menyaksikan penduduk Islam Crimean berpindah ke tanah besar bagi mengelak daripada menjdai mangsa pembunuhan di kawasan itu dan seterusnya menyemarakkan industri halal di negara berkenaan.

Nechytaylo berkata, selain pelancongan, universiti Ukraine, National University of Kyiv Mohyla Academy, menunjukkan minat mendalam untuk bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) bagi menawarkan program diploma, ijazah dan lepasan ijazah secara bersama.

"Perbincangan sedang diteruskan. Di pihak kerajaan, kami sedang menyusun satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mengadakan kerjasama dalam sektor pendidikan pada masa akan datang," katanya. 

Menyorot hubungan Ukraine-Malaysia dalam tempoh 25 tahun lepas, Nechytaylo berkata kedua-dua negara mencatat kejayaan besar dalam mengorak langkah bersama yang tahan diuji masa dan tragedi.

"Kita berkongsi banyak persamaan dan telah bekerjasama dengan jayanya apabila kedua-dua negara menjadi anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu," katanya sambil menegaskan bahawa kejadian menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 merapatkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.

"Ketika masa mencabar seperti inilah kita dapat mengenali siapakah kawan sebenar kita," katanya. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan