Malaysia Beri Amaran Siasatan 'Masih Panjang', China Tiada Tindakan

Diterbitkan: Khamis, 9 Mac 2017 12:12 PM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Malaysia telah memberi amaran bahawa siasatan ke atas kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara 'mungkin mengambil masa lebih lama daripada yang diharapkan', memandangkan China, sekutu China berkata tiada tindakan antarabangsa akan dipertimbangkan sehingga kes ini selesai.

Malaysia menyatakan bahawa pembunuh menggunakan agen saraf VX, sejenis bahan kimia yang disenaraikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai senjata pemusnah besar-besaran, untuk membunuh Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, Februari 13 lalu.

"Disebabkan kerumitan dan sensitiviti kes itu, siasatan mungkin mengambil masa lebih lama daripada apa yang kita harapkan," wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW), Datuk Ahmad Nazri Yusof memberitahu mesyuarat pertubuhan itu, Selasa.

"Kerajaan Malaysia akan bekerjasama sepenuhnya dengan OPCW dan organisasi antarabangsa yang lain untuk membawa penjenayah ke muka pengadilan," kata Yusof, menurut kenyataan disiarkan di laman web OPCW.

Di bawah Konvensyen Senjata Kimia, pihak negara OPCW boleh membawa isu kepada perhatian Majlis Keselamatan PBB dan Perhimpunan Agung PBB untuk kemungkinan tindakan.


Apabila ditanya sama ada apa tindakan yang perlu diambil ke atas pembunuhan itu, Duta PBB dari China Liu Jieyi pada Rabu berkata: "Siasatan masih berterusan, saya fikir kita perlu melihat bagaimana proses ini dijalankan dan apa situasi sebenarnya."

Majlis Keselamatan PBB bertemu secara tertutup pada Rabu untuk membincangkan tentang pelancaran empat peluru berpandu balistik Korea Utara pada Isnin.

Duta PBB British Matthew Rycroft, presiden majlis 15 anggota bagi Mac berkata dakwaan penggunaan agen saraf VX telah dibangkitkan oleh beberapa ahli majlis.

"Ia ada dibangkitkan, tetapi tidak ada cadangan tertentu untuk Majlis Keselamatan mengambil sebarang tindakan pada peringkat ini," katanya.


Pegawai risikan AS dan Korea Selatan mengesyaki Korea Utara berada di belakang pembunuhan Jong-nam, yang telah tinggal di Macau di bawah perlindungan China. Beliau secara terbuka telah bercakap menentang pemerintahan dinasti keluarganya.
Tags / Kata Kunci: agen saraf VX , Kim Jong-nam , PBB

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan