Jumlah Kerusi Parlimen, DUN Di Semenanjung Kekal, Gelang Patah Dikenali Iskandar Puteri

Diterbitkan: Khamis, 9 Mac 2017 5:01 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan bahawa tiada perubahan bilangan kawasan pilihan raya bagi kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di semenanjung Malaysia di bawah penyemakan semula persempadan baru yang sedang dijalankan sekarang.

Keseluruhannya terdapat 222 kerusi Parlimen dan 576 kerusi DUN di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, Perlis mempunyai tiga kerusi parlimen dan 15 DUN; Kedah 15/36; Kelantan 14/45; Terengganu 8/32; Pulau Pinang 13/40; Perak 24/59; Pahang 14/42; Selangor 22/56; Wilayah Persekutuan 12; Negeri Sembilan 8/36; Melaka 6/28; Johor 26/56; Labuan 1; Sabah 25/60 dan Sarawak 31/71.

Bagaimanapun terdapat cadangan pertukaran nama beberapa kawasan parlimen dan DUN dengan nama baru.

Antara yang paling ketara ialah kawasan Parlimen P.162 Gelang Patah akan dikenali dengan nama baru iaitu Iskandar Puteri.

Selain Gelang Patah, kawasan Parlimen lain yang akan bertukar nama ialah Telok Kemang (P.132) di Negeri Sembilan yang ditukar kepada Port Dickson.

Di Melaka, Parlimen Bukit Katil (P.137) akan dikenali dengan nama baru iaitu Hang Tuah Jaya.

Lain-lain kawasan yang terlibat dengan pindaan dan perubahan kepada nama baru hanyalah melibatkan kepada perubahan struktur ejaan sahaja.

Misalnya, Alor Star (P.009) ditukar kepada Alor Setar; Bagan Datok (P.075) kepada Bagan Datuk; Telok Intan (P.076) kepada Teluk Intan dan Tanjong Piai (P.165) kepada Tanjung Piai.

Untuk DUN pula, keseluruhannya terdapat 20 kawasan yang disyorkan untuk pertukaran nama iaitu masing-masing satu di Kedah; Kelantan (1); Terengganu (1); Perak (2); Negeri Sembilan (2); Melaka (5) dan Johor (8).

SPR juga mengesahkan sehingga 6 September tahun lalu sejumlah 9,301,041 bilangan pemilih (kecuali Selangor) telah berdaftar di dalam Daftar Pemilih semasa.

Menurut SPR lagi, syor-syor yang dicadangkan ini beserta dengan rang pelan bahagian-bahagian pilihan raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu (kecuali Selangor) dan rang pelan bahagian-bahagian pilihan raya bagi negeri yang berkenaan boleh disemak mulai 8 Mac hingga 7 April ini di Pejabat Daerah/Pihak Berkuasa Tempatan/Pejabat SPR/Pejabat Tanah dan Jajahan serta dewan serbaguna atau pejabat kerajaan yang disahkan.

Sebarang representasi kepada syor-syor yang dicadangkan ini boleh dikemukakan kepada SPR dalam masa satu bulan selepas notis ini dipamerkan. 

Tags / Kata Kunci: SPR , Parlimen , DUN

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan