Tahan Exco: MB Johor Serah Sepenuhnya Kepada SPRM

Diterbitkan: Khamis, 9 Mac 2017 3:05 PM

(Ubah saiz teks)

ISKANDAR PUTERI: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap seorang exco kerajaan negeri yang ditahan pada Khamis.

Mohamed Khaled berkata beliau bersimpati dengan penahanan terbabit yang bertujuan membantu siasatan berhubung kes rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.

"Kita bersimpati tetapi saya percaya kita serahkan kepada SPRM supaya kita dapat capai keadilan dalam soal ini (rasuah dan penyelewengan hartanah)," katanya yang ditemui pemberita selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini, Khamis.

Exco berkenaan ditahan kira-kira 11 pagi tadi ketika hadir di pejabat SPRM Johor Bahru.

Pada 24 Feb lepas, SPRM menahan enam individu iaitu anak dan seorang pegawai khas kepada seorang exco kerajaan negeri, dua orang pemaju, seorang peguam dan seorang orang awam yang dipercayai terlibat dengan skandal rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.

Pada 28 Februari pula, SPRM turut menahan seorang lagi kontraktor lelaki dipercayai suspek ketujuh dalam kes berkenaan.

Exco terbabit kini sedang bercuti daripada tugas rasmi kerajaan negeri Johor sehingga siasatan berhubung skandal rasuah dan penyelewengan hartanah itu selesai.

Tiga daripada tujuh individu yang direman terbabit kemudian dibebaskan dengan jaminan SPRM pada 3 dan 7 Mac lalu, manakala empat individu yang lain turut dibebaskan dengan jaminan SPRM, hari ini.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Khaled , SPRM , Abd Latif Bandi

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan