Kedutaan Korea Utara Nampak Sibuk

Diterbitkan: Khamis, 9 Mac 2017 1:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedutaan Korea Utara kelihatan sibuk pagi Khamis.

Pada pukul 11.30 pagi kaunselor Kim Yu Song meninggalkan bangunan berkenaan bersama seorang wanita tidak dikenali, dipercayai seorang pekerja kedutaan.

Beliau kembali kira-kira pukul 12.30 tengah hari, tetapi bersama seorang budak perempuan yang diiring masuk dengan cepat ke dalam bangunan sebaik sahaja mereka keluar dari kereta.

Sebuah kereta Toyota Camry  dengan nombor plat diplomatik turut dilihat meninggalkan perkarangan kedutaan pada jam 11 pagi. Sekurang-kurangnya tiga orang berada di dalam kereta tersebut.

Kenderaan itu kembali pada jam 12 tengah hari untuk menghantar salah seorang daripada tiga lelaki berkenaan, sebelum keluar sekali lagi.

Penumpang yang berada di dalam kereta menutup mukanya, mengelak daripada gambarnya diambil.

Lima minit kemudian, sebuah lagi kereta dengan nombor plat diplomatik meninggalkan kedutaan tanpa diketahui destinasi yang dituju.

Tiada siapa yang bercakap dengan pihak media.

Pada tengah hari, sebuah bas membawa ahli perniagaan Jepun yang dalam perjalanan ke satu persidangan telah singgah di kedutaan untuk bergambar.

Mereka dilihat ketawa sesama sendiri dan bersama media Jepun yang berada di sini sebelum bergegas masuk semula ke dalam bas.

Beberapa pemandu juga menghentikan kereta mereka untuk mengambil gambar tempat kejadian.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan