Daging, Tulang Khinzir Ditemui Dalam Kolam Ikan - Berita Semasa | mStar

Daging, Tulang Khinzir Ditemui Dalam Kolam Ikan

Diterbitkan: Khamis, 9 Mac 2017 10:12 PM

Foto bhonline

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sebuah kolam penternakan ikan air tawar di kawasan seluas lima hektar di Kuala Dipang, Kampar dipercayai memberi makanan yang terdiri daripada daging dan tulang khinzir kepada ternakan.

Perbuatan jijik itu dikesan dalam operasi dijalankan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Jabatan Alam Sekitar Perak dan Jabatan Perikanan Perak serta beberapa agensi lain pada Rabu.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal JAIPk, Yusri Abdul Rani berkata, menerusi operasi bermula 10 pagi itu beberapa tulang dan kesan daging haiwan berkenaan ditemukan di kawasan kolam.

"Kami terpaksa melepasi tiga pagar yang pihak kolam ini melarang sesiapa masuk sesuka hati dan kedatangan kami juga seperti diketahui pemilik kolam sebelum dia dipercayai beredar dari kolam itu.

"Kawasan yang dikatakan tempat pelupusan tulang khinzir juga cuba dilupuskan sebaik mereka mengetahui kedatangan kami," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Yusri berkata, kolam ternakan yang juga bekas lombong bijih timah itu dipercayai beroperasi sejak lebih lima tahun lalu, menternak pelbagai jenis ikan termasuk patin, rohu dan tilapia.

"Kami percaya kesemua ternakan ini dipasarkan di sekitar Perak dan Pasar Selayang (Selangor) dan kami mahu pengguna lebih berhati-hati ketika membeli ikan ini," katanya.

Yusri berkata, ikan yang diberikan makanan berunsurkan makanan haram seperti daging atau tulang khinzir telah dikategorikan haram dan masyarakat Islam perlu peka mengenai perkara tersebut.

"Masalah ini timbul kerana sikap penternak yang mahu mengaut untung besar sehingga tidak mempedulikan sensitiviti agama dan melanggar undang-undang," katanya. 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Perak, Dr Bah Piyan Tan ketika dihubungi berkata, semakan mendapati kolam ternakan tersebut tidak pernah didaftarkan di bawah Jabatan Perikanan dan beroperasi secara haram.

Beliau berkata susulan perkara itu, pihaknya akan mengambil sampel ikan di kawasan berkenaan untuk dihantar ke makmal kimia di Kuala Lumpur secepat mungkin untuk dianalisis jika terdapat DNA khinzir.

"Keputusannya akan diketahui beberapa minggu lagi," katanya. - Bernama

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan