Malaysia Berjaga-jaga Jika Diancam Korea Utara - Zahid

Diterbitkan: Rabu, 8 Mac 2017 12:46 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keperluan untuk meletakkan Malaysia dalam keadaan berjaga-jaga bergantung kepada ancaman daripada Korea Utara.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri percaya setakat ini, Pyongyang akan bertindak secara rasional dalam menyelesaikan ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

"Kita percaya apa yang penting adalah untuk mengekalkan hubungan diplomatik dengan mereka (Korea Utara).

"Apa yang penting adalah keselamatan rakyat Malaysia di Pyongyang. Saya juga percaya Korea Utara tentu prihatin mengenai keselamatan rakyat mereka di negara ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah dan pelancaran novel pemenang Sayembara Menulis Novel Sejarah Untuk Remaja anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tahap kesiapsiagaan kerajaan susulan arahan Korea Utara ke atas 11 warganegara Malaysia yang dilarang meninggalkan Pyongyang.

Pada Selasa, Korea Utara mengeluarkan arahan melarang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu dan sebagai tindak balas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengumumkan keputusan Malaysia menyekat rakyat Korea Utara keluar dari negara ini.

Selain itu, kata Ahmad Zahid, kerajaan Malaysia bersedia untuk berbincang dengan Korea Utara bagi mencari jalan penyelesaian terbaik memulihkan ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

"Sebenarnya, delegasi Korea Utara masih ada di dalam negara, mereka masih belum pulang ke Pyongyang.

"Wisma Putra akan berbincang dengan mereka (delegasi Korea Utara) berkaitan isu itu agar ia dapat diselesaikan secara baik," katanya.



iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan