Kerajaan Terus Sokong Inisiatif Wanita - Rohani

Diterbitkan: Rabu, 8 Mac 2017 2:20 PM

Chew Mei Fun bersama peserta pertandingan mengayuh basikal sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2017 di Putrajaya, Rabu.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan akan terus menyokong inisiatif wanita dalam mencapai aspirasinya dan memastikan golongn wanita dapat terus memainkan peranan penting ke arah pertumbuhan negara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beliau berkata Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2017 menandakan komitmen kerajaan dalam mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita kepada pembangunan negara.

"Wanita Malaysia perlu terus mencapai kejayaan lebih besar dalam usaha  mereka dalam setiap peranan yang mereka mainkan pada peringkat peribadi atau profesional.

"Kita telah membuktikan mampu menjadi pemimpin besar negara, pertubuhan dan menjadi pemangkin perubahan. Mari kita bentuk legasi yang lebih baik bagi generasi wanita akan datang yang dapat kita banggakan," katanya dalam ucapan yang dibacakan pada majlis sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2017 bertemakan 'Berani Untuk Berubah' di sini, Rabu.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalannya Datin Paduka Chew Mei Fun. 

Sempena sambutan itu, konvoi penunggang wanita yang berbasikal dan bermotosikal Pinky Riders mengedar dan berkongsi ucapan serta maklumat mengenai aspirasi wanita dan menyampaikan risalah Berani Untuk Berubah di sekitar sini.

Turut diadakan ialah Bazar Wanita untuk mempamer dan mempromosi hasil buatan tangan usahawan wanita.

Mengenai sambutan peringkat kebangsaan pada 4 Sept ini, Rohani berkata satu seminar keusahawanan akan diadakan bagi mempromosi produk usahawan wanita.-- Bernama 



iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan