Seekor Buaya Jantan Ditangkap Dalam Operasi Di Marudi

Diterbitkan: Rabu, 8 Mac 2017 10:43 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Seekor buaya jantan ditangkap dalam 'Operasi Sang Bedal' untuk memburu buaya setelah seorang remaja perempuan maut akibat diserang buaya bulan lepas.

Ketua Polis Marudi, Deputi Superitendan Gabriel Risut berkata, buaya tersebut sepanjang 3.5 meter ditangkap di Sungai Peking, Long Lama pada Selasa.

"Tetapi buaya itu dipercayai bukan merupakan buaya yang menyerang remaja berusia 18 tahun itu pada 21 Feb lepas," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata operasi tersebut telah berjalan selama tiga hari dengan sembilan umpan dipasang dan didapati tiga umpan telah hilang dengan satu daripada didapati dimakan buaya yang ditangkap pada pukul 3 petang semalam itu.

Buaya yang ditangkap tersebut kemudiannya telah ditembak atas permintaan penduduk kampung yang bimbang dengan keselamatan mereka, katanya.

Gabriel berkata operasi bersama pihak polis dan Jabatan Hutan disambung pada 9 pagi ini untuk mengesan buaya yang memakan dua umpan yang telah dipasang di sepanjang sungai.

Dalam kejadian 21 Februari itu, mangsa Agnes Luang yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelaran Malaysia telah disambar buaya ketika mandi bersama ibunya di tebing sungai.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Marudi , buaya

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan