Kedutaan Korea Utara Kembali Tenang

Diterbitkan: Rabu, 8 Mac 2017 3:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sehari selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melarang rakyat Korea Utara keluar dari Malaysia, situasi di pejabat kedutaan negara itu di Bukit Damansara di sini, kembali tenang.

Pada Selasa berlaku sedikit kekalutan di situ apabila ada individu di pejabat berkenaan disekat keluar daripada premis berkenaan.

Bagaimanapun, sebuah kenderaan polis masih kelihatan  di luar pagar pejabat kedutaan negara itu.

Sehingga kira-kira pukul 2 petang Rabu, kaunselor Kedutaan Korea Utara, Kim Yu Song dilihat meninggalkan pejabat kedutaan itu dengan menaiki kereta Merdeces hitam yang dipandu seorang lelaki.

Bagaimanapun tidak diketahui lokasi dituju Yu Song.

Beberapa minit sebelum itu pegawai kanan kedutaan itu dilihat menuju ke kereta berkenaan untuk mengambil barang kemudian masuk semula ke pejabatnya.

Selain itu, dua kereta iaitu jenis Peugeot dan Toyota Alphard berwarna putih dilihat parkir di pekarangan bangunan itu. 

Kawalan keselamatan di sekitar kedutaan itu telah dipertingkatkan pada Selasa selepas dutanya ke sini Kang Chol diusir dari Malaysia dan terbaharu, rakyat Malaysia disekat keluar dari Korea Utara.

Bangunan itu menjadi tumpuan petugas media tempatan dan antarabangsa sejak pembunuhan abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-nam pada 13 Februari lalu.

Kedutaan Besar Korea Utara dibuka di Kuala Lumpur pada 2003 bersama-sama Kedutaan Besar Malaysia di Pyongyang sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik mulai 1973.


Tags / Kata Kunci: Kedutaan Korea Utara , Kim Yu-song

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan