Sibuk Bukan Alasan Tiada Masa Dengan Keluarga - Mufti Perlis

Diterbitkan: Rabu, 8 Mac 2017 2:20 PM

Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Ketua keluarga harus mengelak daripada terlalu sibuk hingga tiada ruang untuk meluangkan masa bersama keluarga, kata Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Katanya amalan sering bersama keluarga dapat membentuk keluarga menjadi lebih harmoni.

"Ramai rakyat Malaysia khususnya umat Islam dilihat sentiasa dalam keadaan 'sibuk' hingga lupa tugas dan tanggungjawab untuk bersama isteri dan anak-anak.

"Jika dibiarkan berpanjangan boleh merencatkan perkembangan keluarga. Sibuk mencari rezeki tidak wajar dijadikan alasan," katanya dalam ceramah mingguannya di Masjid Syed Alwi di sini malam Selasa.

Mohd Asri berkata pengalamannya tinggal dengan keluarga Islam di beberapa negara di Eropah dan Australia, melihat mereka begitu pentingkan keluarga dan sangat berbeza dengan masyarakat Islam di negara ini yang membazirkan banyak masa di luar.

Walaupun kebanyakan ketua keluarga di sana juga sibuk mencari rezeki di siang hari tetapi mereka terus pulang ke rumah untuk bermesra dengan keluarga masing-masing, katanya.

"Kedai-kedai makan turut menutup perniagaan pada pukul enam petang dan ini secara tidak langsung menutup ruang untuk orang ramai melepak atau berbual kosong di kedai-kedai tersebut," tambahnya.

Mohd Asri menyarankan setiap ketua keluarga membawa anggota keluarga masing-masing menunaikan solat berjemaah di masjid dan mendengar ceramah agama yang memanfaatkan mereka.

Pada Selasa, beliau turut melakukan prapelancaran program Perkampungan Sunnah Siri Keempat anjuran pejabat mufti Perlis dengan kerjasama kerajaan negeri bertemakan 'Kegemilangan Para Imam Mujtahid.'

Perkampungan Sunnah itu akan diadakan di Masjid Alwi pada 28 hingga 30 April. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan