Kes Jong-nam: Kita Akan Tunggu, Tak Kira Berapa Lama - Khalid

Diterbitkan: Rabu, 8 Mac 2017 9:59 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis negara ini akan menunggu sehingga dua lelaki yang mempunyai kaitan dengan kematian Kim Jong-nam tampil membantu siasatan kerana percayai mereka  masih bersembunyi dalam Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur.

"Kita akan tunggu di luar kedutaan, walaupun ia mengambil masa sehingga lima tahun. Kita mempunyai masa untuk berbuat demikian," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau merujuk kepada setiausaha kedua Hyon Kwang-song, 44 dan petugas Air Koryo, Kim Uk-il, 37.

Seorang lagi suspek, Ri Ji-u, 30 yang dikenali sebagai James juga sedang diburu polis.

Setakat ini, Bukit Aman telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Uk-il, selain mengemukakan permohonan kepada kedutaannya untuk menemubual Kwang-song yang memiliki imuniti diplomatik.

Kata Khalid, pihaknya perlu mematuhi prosedur dan protokol untuk mendapatkan kerjasama Kwang-song membantu siasatan kes berkenaan.

Mengenai empat lagi dalang yang dipercayai telah pulang ke Pyongyang, katanya, pihak berkuasa Malaysia telah membuat permohonan menerusi Interpol.

"Kita akan dimaklumkan Interpol mengenai pergerakan mereka," katanya.

Tags / Kata Kunci: Jong-nam , Khalid

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan