Korea Utara: Rakyat Malaysia Selamat, Rundingan Diteruskan - Najib

Diterbitkan: Rabu, 8 Mac 2017 11:50 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab soalan wartawan mengenai rakyat Malaysia di Korea Utara selepas sesi soal jawab di Parlimen, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua 11 rakyat Malaysia di Korea Utara dalam keadaan selamat dan boleh meneruskan kehidupan harian seperti biasa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Perdana Menteri berkata, mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Selasa telah memutuskan tidak perlu untuk kuarantin rakyat Malaysia yang dilarang keluar dari Pyongyang.

Tambah Najib, Malaysia tidak akan memutuskan hubungan dengan Korea Utara kerana penting untuk memastikan saluran komunikasi sentiasa terbuka dan lancar.

"Buat masa ini (hubungan dua hala) seperti biasa kerana ia membolehkan kita ada saluran untuk bercakap dengan mereka dan berunding.

"Setakat ini, kita perlu meneliti apa keperluan kerajaan Korea Utara. Itu yang perlu kita pastikan.

"Tetapi buat masa sekarang, kita tetap dengan keputusan untuk tidak membenarkan rakyat Korea Utara keluar dari Malaysia," katanya sambil menambah polis juga diarah supaya meneruskan siasatan berhubung kes kematian Kim Jong-nam.

Kata Najib, pihak berkuasa juga masih menunggu untuk mayat warga Korea Utara itu dikenal pasti kerana setakat ini tiada yang tampil menyerahkan sampel DNA atau mengesahkan mayat itu.

Ditanya sama ada Malaysia akan mendapatkan bantuan China. Najib berkata, beliau tidak dapat mendedahkan perkara itu.

"Kebajikan rakyat Malaysia adalah aspek utama dan ada masanya sebarang rundingan itu dilakukan secara rahsia," katanya.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara tegang susulan pembunuhan Jong-nam di KLIA2 pada 13 Februari lalu.

Dua wanita masing-masing rakyat Indonesia dan Vietnam yang menyerangnya menggunakan agen saraf VX telah didakwa membunuh pada 1 Mac lalu.

Tags / Kata Kunci: Najib , Korea Utara

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan