Khaled Umum Penyusunan Semula Tiga Portfolio Exco Johor

Diterbitkan: Rabu, 8 Mac 2017 3:53 PM

Mohamed Khaled Nordin

Md Jais Sarday.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan penyusunan semula tiga portfolio Exco kerajaan negeri Johor yang akan berkuatkuasa Ahad ini.

Menteri Besar Johor berkata, perubahan itu termasuk jawatan dan tugas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri yang disandang Datuk Abd Latif Bandi akan dipangku Datuk Md Jais Sarday.

Sebelum ini, Md Jais memegang portfolio Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Katanya, bagi memastikan keberkesanan urusan kerajaan negeri, portfolio yang sebelum ini disandang Md Jais akan diletakkan di bawah seliaan Datuk Ayub Rahmat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri itu.

Sementara itu, beliau berkata, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani , Ismail Mohamed akan diamanahkan portfolio Keusahawanan dan Pembangunan Koperasi.

"Pengalihan dan perubahan bagi ketiga-tiga pengerusi jawatankuasa itu berkuatkuasa mulai Ahad dan akan menjadi tambahan kepada portfolio semasa yang dipegang Ayub dan Ismail.

"Penyusunan semula semua pengerusi jawatankuasa tersebut telah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Khaled lagi, penyusunan semula itu sehingga selesai proses siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes melibatkan ahli keluarga dan pegawai khas Abd Latif.

"Abd Latif Bandi kini bercuti dari tugas rasmi kerajaan Johor sehingga siasatan tersebut selesai," katanya.

Tegasnya, pelantikan Md Jais dilihat sesuai dan tepat memandangkan beliau mempunyai pengalaman luas dan merupakan Exco paling kanan dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.

"Portfolio lain dalam kerajaan negeri Johor adalah seperti sebelum ini dan tidak berlaku sebarang perubahan," katanya.

Khaled berkata semua keputusan dan penyusunan semula itu diambil bagi memastikan segala urusan kerajaan negeri dapat berjalan lancar dan baik.

Pada 25 Februari lalu, SPRM bertindak menahan enam individu dipercayai terlibat dalam skandal rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di negeri itu.

Antara enam yang ditahan ialah anak dan pegawai khas kepada seorang pegawai kerajaan negeri Johor, dua pemaju dan masing-masing seorang peguam dan orang awam yang dipercayai terlibat dalam skandal rasuah bernilai  RM15.5 juta itu.

Turut ditahan seorang kontraktor berumur 46 tahun pada Selasa yang dipercayai terlibat dalam penyelewengan hartanah tersebut.

Tags / Kata Kunci: Md Jais Sarday , Exco johor

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan