Tiga Tahun Berlalu, MH370 Kekal Teka-Teki

Diterbitkan: Rabu, 8 Mac 2017 10:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga tahun selepas kehilangan MH370, sebab pesawat Malaysia Airlines itu melencong dari laluan yang dirancang kekal sebagai teka-teki bagi pasukan penyiasat.

Laporan interim ketiga mengenai perkembangan siasatan kehilangan Boeing 777 itu juga menyatakan tiada bukti mencukupi untuk menentukan sama ada pesawat
tersebut pecah di udara atau semasa impak pada permukaan lautan.

"Memandangkan serpihan pesawat mahupun perakam data penerbangan masih belum ditemui, pasukan penyiasat tidak mempunyai bukti penting untuk menentukan dengan pasti sebab-sebab pesawat itu melencong dari laluan penerbangan yang dirancang," kata laporan tersebut.

Laporan interim ketiga mengenai perkembangan siasatan kehilangan Boeing 777 itu juga menyatakan tiada bukti mencukupi untuk menentukan sama ada pesawat tersebut pecah di udara atau semasa impak pada permukaan lautan.

Laporan interim ketiga mengenai perkembangan siasatan kehilangan Boeing 777 itu juga menyatakan tiada bukti mencukupi untuk menentukan sama ada pesawat tersebut pecah di udara atau semasa impak pada permukaan lautan.

"Memandangkan serpihan pesawat mahupun perakam data penerbangan masih belum ditemui, pasukan penyiasat tidak mempunyai bukti penting untuk menentukan dengan pasti sebab-sebab pesawat itu melencong dari laluan penerbangan yang dirancang," kata laporan tersebut.

Laporan itu dikeluarkan bersempena ulang tahun ketiga insiden yang menyaksikan pesawat tersebut yang membawa 239 orang hilang pada 8 Mac 2014 semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.    

Pada 25 April 2014, Malaysia menubuhkan pasukan penyiasat bebas kemalangan udara yang sebelum ini dikenali 'Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia bagi MH370', untuk menyiasat insiden kehilangan Penerbangan MH370.

Laporan juga menyebut selain flaperon kanan, sebahagian daripada kedua-dua kelepak luar sebelah kanan dan kiri yang ditemukan turut disahkan milik MH370.

Beberapa serpihan lain turut disahkan sebagai hampir pasti daripada pesawat itu, antaranya barangan dalaman kabin.

Laporan itu berkata berdasarkan pemeriksaan terhadap kerosakan pada kelepak luar kanan dan flaperon kanan berkenaan, adalah disimpulkan bahawa kelepak terbabit berkemungkinan besar pada kedudukan retrak.

Penemuan serpihan dalaman kabin, kata laporan itu mencadangkan pesawat berkenaan berkemungkinan pecah.  

"Bagaimanapun, maklumat adalah tidak mencukupi untuk menentukan sama ada pesawat itu pecah di udara atau semasa impak pada permukaan lautan," kata laporan tersebut.

Menurut laporan itu beberapa bahagian lain turut ditemukan di sepanjang pantai perairan Afrika tenggara dan pemeriksaan terhadap barangan terbabit sedang berterusan.

Katanya sekalipun bukti yang ada terhad, siasatan telah mengenal pasti beberapa isu utama dalam sistem penerbangan awam yang boleh ditambah baik bagi meningkatkan keselamatan pada masa depan.

Berdasarkan maklumat yang ada, laporan itu berkata pasukan penyiasat sedang memuktamadkan analisis, penemuan serta rumusan selain syor-syor keselamatan dalam lapan bidang yang dikaitkan dengan kehilangan MH370.

Aspek-aspek yang disemak semula oleh pasukan itu ialah pengubahan haluan dari pelan laluan penerbangan yang dirancang; operasi perkhidmatan trafik udara;
profil kru penerbangan; kelayakan terbang dan penyelenggaraan serta sistem pesawat; dan komunikasi satelit, bangkai pesawat dan impak.

Bidang lain ialah maklumat organisasi dan pengurusan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia serta Malaysia Airlines; dan konsainan kargo pesawat.

Pasukan penyiasat merangkumi 19 rakyat Malaysia dan tujuh wakil bertauliah daripada tujuh pihak berkuasa siasatan keselamatan dari tujuh negara.

Laporan interim pertama dan kedua masing-masing dikeluarkan pada 8 Mac 2015 dan 8 Mac 2016.

Sementara itu, satu majlis persendirian bagi memperingati MH370 diadakan di Lapangan Terbang KL, dihadiri warga kerja syarikat penerbangan serta anggota keluarga kru pesawat yang hilang tersebut.

Pencarian dasar laut pesawat di selatan Lautan Hindi digantung pada 17 Januari lalu. - Bernama

Tags / Kata Kunci: MH370

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan