Waris Mangsa MH370 Mahu Misi Pencarian Diteruskan

Diterbitkan: Rabu, 8 Mac 2017 10:04 AM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

KETIKA ahli keluarga dan waris mangsa bersedia memperingati ulang tahun ketiga tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada Rabu, lokasi sebenar bangkai pesawat itu masih kekal misteri.

Setakat ini, hanya serpihan kecil sahaja ditemukan, menyebabkan waris mangsa tidak pasti di mana lokasi insan yang mereka sayangi bersemadi.

"Kami tidak mahu kes MH370 diabaikan tanpa sebarang usaha," kata Grace Subrathirai Nathan, peguam yang ibunya menaiki penerbangan tersebut.

"Pesawat boleh diganti, tetapi nyawa 239 penumpang di dalamnya tidak boleh diganti," katanya.

Pesawat Boeing-777 yang hilang pada 8 Mac 2014 semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, disahkan terhempas di Laut Hindi.

"Ketika hari silih berganti, maklumat tentang tragedi ini semakin sikit dan lebih banyak yang boleh dipelajari.

"Kita tidak boleh membiarkan kejadian seperti ini berulang lagi," katanya seperti dilaporkan agensi berita AAP.

Sambil menjelaskan bahawa kos sebuah pesawat baharu Boieng-777 bernilai AS$300 juta (RM1.3 bilion), Nathan berkata, usaha rasmi pencarian setakat ini hanya separuh daripada jumlah tersebut iaitu AS$150 juta (RM666 juta).

Misi pencarian dihentikan pada Januari lalu selepas usaha meneroka di dasar laut seluas 120,000 kilometer persegi gagal menemukan sebarang petunjuk lokasi pesawat itu.

Malaysia, Australia dan China merupakan tiga negara yang bekerjasama dalam misi pencarian di dasar laut itu.

Bagi ahli keluarga mangsa, mereka masih enggan menyerah kalah dan mahu kerajaan terus membiayai operasi pencarian tersebut.

"Kami sendiri akan meneruskan misi pencarian jika kerajaan tidak mahu berbuat demikian dan perkara itu akan disahkan apabila maklumat serta data yang diperolehi setakat ini telah dianalisis," kata Nathan.

Sehingga ke hari ini, sebanyak 27 serpihan termasuk dua serpihan yang ditemukan di Afrika Selatan pada dua minggu lalu, mempunyai kaitan dengan pesawat MH370.

Tags / Kata Kunci: MH370

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan