Masih Tunggu DNA Waris Jong-nam - KP Kesihatan

Diterbitkan: Rabu, 8 Mac 2017 5:49 PM

Gambar fail Kim Jong-nam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan terus menunggu sampel DNA waris Kim Jong-nam walaupun hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara kini semakin tegang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini tiada perkembangan terbaharu untuk mengesahkan identiti mangsa kes bunuh itu.

Katanya, siasatan kes yang kini di peringkat akhir adalah untuk mendapatkan DNA waris abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

"Tugas kita mengambil DNA. Kalau ada waris datang, kita akan kenal pasti mayat tersebut. 

"Itu tugas kita, lebih dari itu bukan tanggungjawab Kementerian Kesihatan," katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Kesihatan dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Ibu Pejabat Mara di sini, Rabu.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, Pengerusi Mara, Datuk Dr Yusof Yacob dan Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad.

Pada Selasa, Korea Utara mengeluarkan arahan melarang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu dan sebagai tindak balas Malaysia turut mengambil tindakan sama terhadap rakyat Korea Utara di negara ini.

Dr Noor Hisham bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya isu sekatan yang dikenakan kedua negara akan menyukarkan proses memperoleh DNA waris Jong-nam.

"Dalam peringkat pengurusan, lebih baik kita tak beri butiran," katanya.

Jong-nam terbunuh apabila diserang dua wanita menggunakan agen saraf VX di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ketika menunggu penerbangan ke Macau pada 13 Februari lalu.

Tags / Kata Kunci: DNA , Kim Jong-nam

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan