Laporan Akhir MH370 Dikeluarkan Januari 2018 - Liow

Diterbitkan: Rabu, 8 Mac 2017 2:50 PM

Liow Tiong Lai.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan akhir siasatan antarabangsa berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang genap tiga tahun pada Rabu akan dikeluarkan dalam tempoh setahun dari tarikh pengumuman penggantungan operasi pencarian pada 17 Januari lalu.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata laporan akhir itu termasuk hasil siasatan Kawalan Trafik Udara (ATC) dan Kementerian Pertahanan Malaysia.

"Berdasarkan siasatan, pasukan penyiasat akan mengemukakan satu laporan terperinci dan syor-syor penambahbaikan keselamatan industri penerbangan awam negara kepada pihak berkepentingan," katanya dalam sesi pertanyaan jawab lisan Persidangan Dewan Rakyat, di sini Rabu.

Beliau menjawab soalan William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) yang ingin tahu kos operasi pencarian MH370 serta sama ada laporan penuh akan dikeluarkan.

Liow berkata sehingga kini, kerajaan dianggar membelanjakan sekitar RM456 juta untuk operasi pencarian itu.

Katanya dalam mesyuarat tripartite peringkat menteri antara Malaysia, Australia dan China pada 22 Julai 2016, ketiga-tiga negara bersetuju usaha mencari MH370 di dasar laut dihentikan selepas pencarian awal meliputi kawasan seluas 120,000 km persegi tidak menemukan pesawat itu.

Bagaimanapun katanya usaha mencari MH370 akan disambung semula jika terdapat bukti baharu yang meyakinkan daripada pakar-pakar sebelum berpindah ke kawasan pencarian seterusnya.

Susulan penggantungan operasi pencarian itu, Jabatan Penerbangan Awam  Malaysia memantau secara berterusan bukti-bukti baharu berkaitan MH370, kata Liow.

Liow berkata siasatan insiden MH370 dilaksanakan oleh Pasukan Penyiasat Bebas Antarabangsa yang ditubuhkan berdasarkan peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa dan dianggotai oleh wakil-wakil bertauliah dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, China, Perancis, Singapura dan Indonesia.

"Siasatan dijalankan dengan telus dan adil berdasarkan Lampiran 13 (Konvensyen mengenai Siasatan Kemalangan dan Insiden Pesawat Penerbangsan Awam) yang menuntut semua maklumat penting dikongsi bersama dengan semua wakil-wakil bertauliah," katanya.

MH370 yang membawa 239 orang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014 dan usaha pencarian yang dilancar selepas itu bertumpu di Laut China Selatan, Laut Andaman dan selatan Lautan Hindi. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: laporan akhir , MH370 , Liow Tiong Lai

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan