Kos Pencarian MH370 Cecah RM456 Juta

Diterbitkan: Rabu, 8 Mac 2017 1:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan membelanjakan kira-kira RM456 juta untuk opreasi pencarian MH370 yang hilang dalam tragedi misteri yang berlaku pada tarikh ini, tiga tahun lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pencarian di dasar laut seluas 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi melibatkan Malaysia, Australia dan China.

Operasi itu bagaimanapun ditangguhkan pada 17 Januari lalu.

"Keputusan menangguhkan operasi itu seiring dengan keputusan Mesyuarat Menteri Tiga Pihak antara Malaysia, Australia dan China yang diadakan Julai 2016.

"Menerusi mesyuarat itu, tiga negara terlibat bersetuju mempertimbangkan untuk meneruskan operasi sehingga mendapat bukti dan petunjuk baharu," katanya menjawab soalan William Leong (PKR-Selayang) pada sidang Dewan Rakyat, Rabu.

Leong bertanyakan kos yang dibelanjakan untuk operasi pencarian MH370 dan sama ada laporan mengenainya akan diedarkan kepada umum.

Kata Tiong Lai, susulan keputusan menangguhkan pencarian itu, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menerajui pasukan tindak balas bagi memantau jika ada petunjuk atau bukti baharu berkaitan pesawat yang hilang itu.

"Pasukan penyiasat sentiasa telus dan adil, malah semua maklumat dikongsi bersama.

"Bermakna, dakwaan bahawa Malaysia tidak menyerahkan maklumat penting siasatan kehilangan MH370 kepada pihak berkuasa di Australia adalah tidak benar," katanya.

Tags / Kata Kunci: MH370 , Liow Tiong Lai

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan