Korea Selatan Mahu Respon Antarabangsa Berhubung Agen Saraf VX

Diterbitkan: Rabu, 8 Mac 2017 9:26 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Korea Selatan menggesa respons bersama antarabangsa terhadap dakwaan penggunaan agen saraf VX yang diharamkan, dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Menurut agensi berita Korea Selatan, Yonhap, Kementerian Luar negara itu pada Rabu berkata, gesaan tersebut dibuat semasa sesi terbaharu Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW), kata menteri luar negara itu.

Yonhap melaporkan bahawa timbalan menteri hal ehwal pelbagai hala dan global, Choi Jong-moon menekankan mengenai ancaman senjata kimia Korea Utara semasa ucaptama sesi majlis eksekutif OCPW di The Hague, Belanda.

Walaupun Malaysia tidak pernah mendakwa bahawa Korea Utara bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu, timbul spekulasi yang tersebar mengenai pembabitan negara itu.

Ujian yang dilakukan Jabatan Kimia di Malaysia menemui agen saraf sebagai bahan yang digunakan dalam pembunuhan Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.

Agen saraf VX diklasifikasikan sebagai senjata kimia di bawah Konvensyen Senjata Kimia, yang diharamkan pada 1993.

VX merupakan toksik yang sangat kuat dan suspek wanita dalam kes bunuh Jong-nam muntah beberapa kali selepas terkena bahan berkenaan.

Pihak berkuasa keselamatan nuklear dan radiasi Malaysia telah melakukan pemeriksaan di KLIA2 dan memberi jaminan bahawa lapangan terbang itu selamat dari sebarang pencemaran.

Korea Utara mendakwa Jong-nam, yang dirujuk sebagai Kim Chol menerusi pasport yang digunakannya, maut kerana serangan jantung.

Tags / Kata Kunci: VX

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan