Diplomat AS: Malaysia Mengagumkan, Tindakan Korea Utara Patut Dikeji

Diterbitkan: Rabu, 8 Mac 2017 2:12 PM

Gambar fail: Russel melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 2015.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Amerika Syarikat (AS) memuji cara Malaysia dalam mengendalikan kes pembunuhan Kim Jong-nam dan menyifatkan tindakan Korea Utara patut dikeji.

Penolong Setiausaha Jabatan Negara AS berkaitan Hal Ehwal Asia Timur dan Pacifik, Daniel Russel berkata polis Malaysia telah melakukan siasatan secara profesional dan amat mengagumkan berhubung kes pembunuhan itu berdasarkan fakta.

"Saya mahu menyatakan rasa hormat dan kagum terhadap profesionalisme pihak berkuasa undang-undang Malaysia yang menjalankan siasatan dengan baik berdasarkan fakta dengan cepat, profesional dan canggih," kata Russel kepada pemberita dalam sidang video dari Washington pada Rabu.

Beberapa diplomat kanan AS mengkritik tindakan Pyongyang termasuk arahan melarang rakyat Malaysia dari meninggalkan negara itu.

Beliau juga secara terbuka mengkritik Korea Utara terlibat dalam pembunuhan Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin negara itu, Kim Jong-un yang maut akibat diserang dua wanita dengan cecair beracun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 13 Februari lalu.

"Saya bersimpati terhadap Malaysia atas sebab itu," katanya.

Russel berkata Wisma Malaysia bertindak mengikut haknya untuk mengisytiharkan Duta Korea Utara, Kang Chol sebagai persona non grata dan mengusir beliau keluar dari negara ini berikutan ketegangan hubungan diplomatik kedua-dua negara yang semakin memuncak.

"Ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara amat dikesali tetapi saya memahami sepenuhnya tindakan Kementerian Luar dan Perdana Malaysia untuk melaksanakan hak mereka di bawah Konvensyen Vienna," katanya.


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan