Maybank Perkenal Cuti Bersalin Sehingga Setahun

Diterbitkan: Rabu, 8 Mac 2017 10:52 PM

Maybank
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Malayan Banking Bhd (Maybank) pada Rabu mengumumkan tawaran tempoh cuti bersalin sehingga setahun yang berkuatkuasa serta merta untuk pekerja wanita yang layak.

Ini menjadikan kumpulan itu sebagai institusi kewangan pertama menawarkan faedah cuti bersalin yang membolehkan pekerja menyambung cuti tambahan daripada 90 hari bergaji penuh kepada tambahan tiga bulan dengan separuh gaji atau enam bulan tanpa gaji.

Ini menjadikan kumpulan itu sebagai institusi kewangan pertama menawarkan faedah cuti bersalin yang membolehkan pekerja menyambung cuti tambahan daripada 90 hari bergaji penuh kepada tambahan tiga bulan dengan separuh gaji atau enam bulan tanpa gaji.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Manaf bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa peringkat kumpulan itu di Menara Maybank, di sini, Rabu.

"Manfaat ini diperkenalkan selepas membuat semakan menyeluruh terhadap dasar dan program yang ditawarkan Kumpulan Maybank.

"Peningkatan kepada dasar cuti bersalin 90 hari sedia ada ini merupakan satu lagi ciri utama komitmen kami terhadap agenda kepelbagaian dan kerangkuman Maybank serta sejajar usaha berterusan kami bagi menginsankan pengurusan manusia," katanya.

Selain itu, Maybank turut memperkenalkan dasar cuti sabatikal bagi semua kakitangan yang layak untuk mengambil cuti minimum tiga bulan sehingga 24 bulan. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Maybank

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan