Wanita 82 Tahun Jadi Wanita Tertua Di Malaysia Tawan Puncak Kinabalu

Diterbitkan: Selasa, 7 Mac 2017 10:58 AM

Chee Moy Chun

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Apabila menawan Gunung Kinabalu pada Jumaat, seperti biasa, Chee Moy Chun menganggap dirinya telah menyempurnakan satu lagi pendakian.

Beliau langsung tidak sedar bahawa pendakian itu telah mencatatkan rekod buat dirinya, apabila menjadi wanita tertua di Malaysia yang berjaya sampai ke puncak tertinggi Kinabalu pada ketinggian 4,095 meter.

Moy Chun, 82, yang lebih mesra dengan panggilan Chan Cheh (kakak Chan), adalah salah seorang daripada 21 peserta ekspedisi mendaki gunung itu dan tidak menyedari bahawa ia adalah satu pendakian bersejarah.

"Saya terkejut. Saya tak tahu bahawa saya adalah pendaki wanita tertua Gunung Kinabalu di negara ini," katanya, sambil menambah beliau akan mendaki gunung dan bukit di seluruh negara sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Bercakap dalam bahasa Cina, beliau berkata ini mungkin menjadi sebab mengapa ramai yang mahu bergambar dengannya semasa beliau mendaki, malah ada yang bergambar dengannya sepanjang pendakian.

Menurut pengurus Taman Kinabalu Yassin Miki, Moy Chun adalah wanita tertua Malaysia yang berjaya sampai ke puncak gunung.

Lelaki tertua Malaysia yang berjaya menakluk gunung ini adalah Buatin Blandong, dari Sabah yang juga berusia 82 tahun. Beliau bagaimanapun dua bulan lebih tua daripada Moy Chun.

Warga asing paling tua yang berjaya mendaki gunung ini adalah seorang warga Jepun berusia 96 tahun. Beliau mencatatkan rekod ini pada 2006.

Moy Chun, dari Ipoh yang juga ibu kepada empat anak dan mempunyai lapan cucu, berkata: "Kali terakhir saya mendaki Gunung Kinabalu pada tahun 2014."

Beliau bersetuju untuk mendaki pada kali ini atas pujukan jurulatih dan pendaki James Lee yang telah menawan Gunung Everest.


"Ini kali kelima saya mendaki Gunung Kinabalu. Saya juga mahu melihat sendiri trail baharu selepas gempa bumi," katanya.

Beliau berkata, keadaan kebanyakan trail ini adalah baik, kecuali kawasan Sayat-Sayat.

"Ia curam dan agak licin sebelum sampai ke puncak.

"Nasib baik malim saya, Jahinin Waimi, Lee dan seluruh peserta bersedia membantu saya," katanya.

Beliau sampai ke pusat 'checkpoint' lebih awal dari yang dijadualkan dan berjaya tiba beberapa minit sebelum pukul 7 pagi, masa yang ditetapkan kepada pendaki untuk sampai ke puncak.

"Saya suka mengembara untuk mendaki gunung dan setiap kali saya melakukannya, ia melibatkan kumpulan besar, kadang-kadang sehingga 50 orang setiap perjalanan," katanya.

Beliau juga tiada rahsia untuk sentiasa sihat dan cergas.

"Saya tidak berpantang makanan dan minuman tetapi saya akan pastikan saya bersenam secara tetap.

"Saya telah berlari dan mendaki sejak berusia 29 tahun," katanya.
Tags / Kata Kunci: Gunung Kinabalu , Chee Moy Chun

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan