Tatiana Dilucut Gelaran Miss Malaysia World

Diterbitkan: Selasa, 7 Mac 2017 10:24 AM

Shweta Sekhon (kiri) dinobatkan sebagai Miss Malaysia World 2016/17 yang baharu selepas gelaran itu yang disandang oleh Tatiana Kumar Nandha sebelum ini dilucutkan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gelaran Miss Malaysia World yang disandang oleh Tatiana Kumar Nandha telah dibatalkan.

Organisasi mengambil keputusan melucutkan mahkota milik Tatiana selepas beliau didapati membuat komen 'serangan' dalam talian.

Pengumuman itu dibuat melalui akaun Instagram organisasi (@miss_world_malaysia), Isnin.

Posting tersebut, yang ditandatangani bekas pengarah kebangsaan Datuk Anna Lin menyatakan bahawa Tatiana, 18, telah melanggar tata cara dan kontrak.

Naib juara, Shweta Sekhon, 19, telah dinobatkan sebagai Miss Malaysia World 2016/17 yang baharu.

Ketika dihubungi, Lin menjelaskan bahawa Tatiana dan keluarganya telah membuat beberapa posting jelik mengenai organisasi Miss World Malaysia di internet dan media sosial.

"Ada formaliti tertentu, dan dia juga telah membuat satu perlanggaran melibatkan penaja penting. Ini telah membawa kepada penamatan kontrak," kata Lin, yang bercakap dari London, Isnin.

Tatiana dinobatkan sebagai Miss Malaysia World 2016/17 pada Ogos tahun lepas.

Beliau mewakili Malaysia di pentas dunia dalam peringkat akhir di Maryland, Amerika Syarikat Disember lalu.

Lin adalah pengarah kebangsaan dan pemegang lesen rasmi untuk Miss Malaysia World 2013 hingga 2016.

Tetapi beliau telah mengumumkan untuk melepaskan peranannya pada Januari tahun ini, dengan alasan tempoh beliau telah berakhir.

Bapa Tatiana, Kumar Nandha, mengesahkan pada Isnin bahawa surat rasmi mengenai pelucutan gelaran telah diserahkan kepada anaknya melalui e-mel pada 3 Mac.


"Dia tidak melakukan sesuatu yang salah," kata Kumar melalui telefon itu tetapi enggan mengulas lanjut.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan