Najib Ketuai Mesyuarat Tergempar Majlis Keselamatan Negara

Diterbitkan: Selasa, 7 Mac 2017 8:13 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara, berikutan keputusan Korea Utara untuk menghalang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu.

"Baru tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia Subang dari Jakarta. Saya mempengerusikan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara di sini," tulis Najib di laman Twitter miliknya pada Selasa.

Najib tiba di Pangkalan Udara Subang pada 5.40 petang selepas lawatan beliau ke Jakarta untuk menghadiri Sidang Kemuncak Persatuan Negara-Negara Pesisir Lautan Hindi (IORA)  yang berakhir pada Selasa.

Sejurus selepas ketibaan, Najib kemudiannya mempengerusikan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara (MKN) di bilik mesyuarat pangkalan udara itu.

Beliau memuat naik gambar mesyuarat tergempar pada laman Twitter yang menyaksikan beliau diapit oleh pegawai-pegawai utama Malaysia.

Antara yang hadir pada mesyuarat itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali, Ketua Pengarah MSN Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Perdana Menteri dalam satu kenyataan menggesa Korea Utara untuk melepaskan semua rakyat Malaysia dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemelut diplomatik antara kedua-dua negara.

"Tindakan yang menahan rakyat negara kita sebagai tahanan adalah sesuatu yang hina dan tidak dapat diterima terutama daripada segi perundangan antarabangsa.

"Sebagai negara yang mengutamakan keamanan, Malaysia komited untuk mengekalkan hubungan baik dengan semua negara.

"Bagaimanapun, melindungi rakyat Malaysia adalah aspek utama dan kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang langkah perlu jika mereka diancam," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau memaklumkan telah mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk melarang semua warga Korea Utara keluar daripada negara ini sehingga keselamatan rakyat negara ini di Korea Utara terjamin.

"Saya meminta pemimpin Korea Utara supaya membenarkan rakyat Malaysia meninggalkan negara itu bagi mengelak situasi yang bertambah buruk," katanya.

Sebagai tindak balas kepada keputusan Korea Utara, Najib mengumumkan bahawa semua rakyat Korea Utara yang bekerja dengan kedutaan negara di Malaysia turut dihalang daripada meninggalkan negara ini sehingga keselamatan rakyat Malaysia di Korea Utara telah terjamin.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan