Hubungan KL-Pyongyang: Malaysia Akan Ambil Satu Langkah - PM

Diterbitkan: Selasa, 7 Mac 2017 8:54 AM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengambil satu langkah bagi menentukan masa depan hubungan diplomatiknya dengan Pyongyang selepas mengusir keluar duta Korea Utara dari negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan kerajaan mengusir Duta Besar Korea Utara, Kang Chol dibuat atas prinsip mempertahankan maruah dan kedaulatan negara.

Najib berkata dalam hal ini Malaysia mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membuat keputusan.

"Kami akan lihat, kami akan ambil satu langkah pada satu masa," katanya ketika ditemui pemberita selepas istiadat perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Parlimen, Isnin.

Najib mengulas langkah kerajaan mengusir Kang Chol Sabtu lepas.

Perdana menteri berkata berkata tindakan itu sebagai penegasan bahawa tidak ada sesiapa atau mana-mana pihak yang boleh memperkotak-katikkan dan menghina Malaysia dengan sewenang-wenangnya.

"Itu keputusan yang kita buat atas soal prinsip. Maknanya, kita adalah sebuah negara yang berdaulat dan sesiapa yang dihantar ke Malaysia mestilah menghormati negara kita.

"Dan jika dia membuat tuduhan yang melulu dan tidak berasas, maka dia  sepatutnya meminta maaf dan menarik balik kenyataan tersebut, tetapi dia enggan berbuat demikian," katanya.

Kang Chol dilaporkan membuat tuduhan melulu dan tidak berasas terhadap Kuala Lumpur berhubung siasatan kes pembunuhan warga Korea Utara Kim Chol pada 13 Februari. 

Perdana menteri berkata berdasarkan kepada ketegasan prinsip yang dipegang, Malaysia mengambil tindakan untuk mengisytihar Kang Chol sebagai Persona Non Grata.

Sabtu lalu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengisytiharkan Kang Chol sebagai 'Persona Non Grata' dan diberi tempoh 48 jam untuk meninggalkan Malaysia.

Persona Non Grata diterjemah secara kasar bermaksud 'Orang Yang Tidak Dihargai', dan seseorang yang telah diisytiharkan sedemikian dilarang masuk atau terus berada di sesebuah negara.

Sebelum ini, kerajaan Malaysia mengumumkan warga Korea Utara dikehendaki memohon visa untuk memasuki negara ini berkuat kuasa 6 Mac.

Pembunuhan Kim Chol, yang dilaporkan media dengan meluas sebagai Kim Jong-nam, abang pemimpin utama Korea Utara Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (KLIA2), sebelum beliau berlepas ke Macau.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan