"Tak Perlu Bimbang, Keadaan Terkawal" - Diplomat Malaysia Di Korea Utara

Diterbitkan: Selasa, 7 Mac 2017 2:07 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Semua 11 rakyat Malaysia di Pyongyang bersiap sedia menghadapi sebarang situasi susulan keputusan kerajaan negara itu melarang mereka meninggalkan Korea Utara berkuatkuasa serta merta.

Memperkenalkan dirinya sebagai Mohd Nor Azrin Md Zain, yang juga penasihat di Kedutaan Malaysia di Korea Utara, beliau berkata, mereka menjalankan tugas seperti biasa dan menunggu arahan Wisma Putra dari semasa ke semasa.

"Pada saya, keadaan memang terkawal. Sekarang tidak ada apa yang perlu dibimbangkan.

"Bergantung kepada arahan, kalau kita disuruh kemas, kita kemas. Jadi, buat masa ini kita masih menunggu. Bila perkara ini berlaku, sudah tentu kita sudah siap sedia tetapi itu secara personal lah," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Pada Selasa, Korea Utara mengeluarkan arahan melarang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu. 

Menurut Mohd Nor, beliau bersama kakitangan yang lain mengetahui sekatan itu menerusi laman web agensi berita Korea Utara.

Menerusi perbualan telefon itu, Mohd Nor memberitahu, terdapat kakitangan yang menghubungi ahli keluarga di Malaysia bagi memaklumkan perkembangan mereka di Korea Utara.

Pada masa sama, beliau meminta semua pihak supaya mengikut arahan dan mendapatkan kenyataan daripada Wisma Putra dari semasa ke semasa bagi mengelak sebarang kekeliruan atau dakwaan membabitkan rakyat Malaysia di Korea Utara.

Sementara itu, seorang lagi rakyat Malaysia di Korea Utara yang enggan dikenali berkata, dia bersama suami dan anaknya dalam keadaan selamat bersama rakyat Malaysia yang lain.

"Kakitangan di sini bekerja seperti biasa. Setakat ini, tidak ada apa-apa yang menakutkan, semuanya berjalan seperti biasa, seperti hari-hari sebelum ini.

"Alhamdulillah, semua okay," katanya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, seramai 11 rakyat Malaysia, termasuk dua peserta Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Korea Utara dalam keadaan selamat.


iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan