Bebaskan Rakyat Malaysia Di Korea Utara - PM Najib

Diterbitkan: Selasa, 7 Mac 2017 1:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menggesa Korea Utara supaya segera membebaskan semua rakyat Malaysia itu bagi mengelak situasi diplomatik lebih tegang di antara kedua negara.

Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengutuk keputusan Korea Utara kerana melarang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu.

Beliau juga telah memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara.

"Tindakan yang menahan rakyat negara kita sebagai tahanan adalah sesuatu yang hina dan tidak dapat diterima terutama daripada segi perundangan antarabangsa.

"Sebagai negara yang mengutamakan keamanan, Malaysia komited untuk mengekalkan hubungan baik dengan semua negara.

"Bagaimanapun, melindungi rakyat Malaysia adalah aspek utama dan kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang langkah perlu jika mereka diancam," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau memaklumkan telah mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk melarang semua warga Korea Utara keluar daripada negara ini sehingga keselamatan rakyat negara ini di Korea Utara terjamin.

"Saya meminta pemimpin Korea Utara supaya membenarkan rakyat Malaysia meninggalkan negara itu bagi mengelak situasi yang bertambah buruk," katanya

Tags / Kata Kunci: Najib , Korea Utara

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan